Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

Loading...

Untitled design 5 7 1 - Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

Ni min kongsi tiga resepi ketam yg sedap. Masaknya pun senang. Apapun sajian nak dibuat kena pastikan ketam segar dan berisi pejal.

Timang-timang ketam tu, ada terasa berat bukan ringan. Kalau yg ada telur tu lagi baik. Haah pilih ketam betina ya isi lagi byk.. Nak tip pilih ketam segar dan byk isi, kena semak balik dlm laman web Rasa pernah disiarkan sebelum ini. Selamat mencuba…

1. MASAK LEMAK KETAM BERSAMA NENAS

Untitled design 20 - Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 1.5 kg ketam merah saiz sederhana/lebih kurang 8 ekor
  • 1 biji nenas madu
  • 5 batang serai /diketuk
  • 1/2 biji cili benggala hijau/dipotong memanjang
  • 2 helai daun kunyit/ disiat dan disimpul
  • 1 kg pati santan / 1cawan pati santan dicampur 1 cawan air utk buat santan cair)
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan dikisar halus :

  • 40 gm kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar India
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 gm halia
  • 5 biji cili padi merah
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Ketam disiang dan basuk bersih.
2. Masukkan ke dlm periuk bersama-sama bahan yg telah dikisar, serai dan asam gelugor.
3. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih sehingga ketam bertukar warna.
4. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
5. Masukkan nenas, selepas nenas lembut tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit.
6. Perasakan dgn garam dan gula.
7. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dgn api yg sederhana.
8. Akhir sekali masukkan cili benggala dan tutup api.

Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Bahan perencah tak perlu ditumis
INFO CHEF: Di samping ketam resepi yg sama blh digunakan utk mknan laut yg lain seperti udang atau sotong

2. KETAM MADU BEREMPAH

Untitled design 1 13 - Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap
BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dgn garam dan kunyit.
  • 80 ml madu
  • 50 gm serbuk ketumbar
  • 30 gm jintan manis
  • 25 gm jintan putih
  • 50 gm serbuk kari | utk ‘seafood’
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar :

  • 50 gm bawang putih
  • 150 gm bawang merah
  • 50 gm halia

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dlm kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari sehingga pecah minyak dan garing.
4. Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu.
5. Perasakan dgn garam dan gula
6. Sajian siap dihidangkan

Saiz hidangan : 8 orang mkn
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Mknan laut
Keistimewaan : Ketam yg manis dan berperasa rempah yg harum.
INFO CHEF : Hiaskan dgn daun ketumbar dan daun sup.

3. KETAM DAUN KARI

Untitled design 2 10 - Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam

BAHAN DITUMBUK :

  • 6 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
  • 1/2 cawan stok kari | (serbuk kari yg ditumis bersama * gunakan minyak )
    *(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu mkn rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit.
4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dgn garam dan gula.
5 Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dgn sos.
6 .Perasakan dgn garam dan gula,masak sehingga kuah pekat
7. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Mknan laut
Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yg lazat
INFO CHEF : Pilih ketam yg segar dgn daging yg pejal utk mendapatkan isi ketam yg manis dan enak.

Komen anda

Loading...

Tags: #Gerenti #Kecur #KETAM #Liur #MENU #Rupa #Sedap #Tahu #Tengok

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur, Tengok Rupa Dah Tahu Sedap"