Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan

Untitled design 68 3 1 - Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan

Halia biasa kita guna utk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dlm masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yg sedap dlm masakan .

Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dr mknan yg ada disebut dlm Al-Quran. Dlm Ayat 17, surah Al Insan yg bermaksud: “Dan mereka dlm syurga itu diberi dr sejenis minuman yg campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).

Untitled design 66 5 - Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dr negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dlm amalan perubatan sejak 2,500 thn lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia utk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca drpada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dlm merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dlm halia yg dikenali sbg gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dlm badan.

Untitled design 63 10 - Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan

Foto : canacopepgdl;.com

Seperti yg diketahui umum, air rebusan halia yg dicampurkan dgn lada hitam blh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai utk wanita yg baru bersalin dan mereka yg mengalami masalah angin dlm badan.Bagi mereka yg terseliuh anggota badan, halia tua yg ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut blh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga blh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam mknan, mengawal hati drpada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Ni 2 resipi yg menggunakan halia dlm ramuan, cubalah dah tentu dpt khasiatnya sekali.

IKAN JENAHAK KICAP HALIA

Untitled design 65 8 - Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1/4 cawan hirisan halia segar
  • 2 biji bawang merah | cincang
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 2 sudu mkn kicap soya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK:
1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan sehingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan.
3. Masukkan hirisan halia dan tumis sehingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak utk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dlm kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Moden
Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus 
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

 ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE

Untitled design 67 3 - Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji oren | buang kulit dan biji
  • 1 biji lemon | buang kulit dan biji
  • 1 inci halia segar | buang kulit
  • 10 – 12 batang lobak merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm pengisar minuman dan kisar sehingga ia lumat.
2. Tuang ke dlm gelas dan sedia dinikmati.

Komen anda

Loading...

Tags: #Dari #Halia #IKAN #LAGI #MENU #Menyihatkan #Minuman #Mknan #Sunnah

author
Author: 
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas
    CARA MENGOLAH GURITA RAKSASA YG LEZAT
    MENYIANGI GURITA YG BENAR Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Mknan Sunnah Lagi Menyihatkan"