Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Untitled design 6 1 2 - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Tembikai susu oh tembikai susu. Kalau dipotong dan dikeluarkan dr peti sejuk memang syok dan segar dimakan. Lebih-lebih lagi di hari panas terik, perrggh.

Untitled design 1 2 1 - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Honeydew - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Kredit foto : newquayfruitsales.co.uk

Tembikai susu ni ada 2 jenis ada yg warnanya kuning pucat/ hijau muda dan ada pula warna kuning. Bahasa Inggerisnya disebut sbg honeydew melon atau honey melon .Buahnya berat dan byk kandungan airrnya. Dan baunya memang harum dan punya lah manis bila masak ranum.

Selain drpada rasanya yg sedap, tembikai susu ni juga mempunyai byk khasiat dr segi kesihatan. Tapi paling mengujakan ada khasiat mencantiikkan kulit.

1. Kulit Sihat Dan Cantik

Untitled design 5 - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Kredit foto : myrecipes.com

Tembikai susu kaya dgn Vitamin A, B Komplek dan C menjadikan ia mknan paling sesuai utk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Kalau mkn hari-hari blh menyebabkan kulit bersih, lembab dan bermaya. Eh, memang nampak cantiklah.

2. Mencegah Barah
Tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu drpada zat-zat mknan yg blh mencegah barah. Mkn tembikai susu dpt memberi perlindungan drpada barah tujuh kali lebih baik drpada pemakanan yg yg mengandungi kandungan karotena yg rendah.

3. Menurunkan berat badan
Bagi mereka yg berhasrat utk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara mknan yg sesuai diamalkan pd setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yg tinggi manakala kalorinya rendah.

4. Mengawal tekanan darah

Untitled design 3 1 2 - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Kredit foto : healtheating.sfgate.com

Tembikai susu adalah sangat berkesan utk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yg sihat dlm tubuh.

5. Merawat Hepatitis Dan Ketumbuhan
Tembikai susu adalah antara ramuan popular dlm dunia perubatan Cina utk merawat penyakit hepatitis. Di Filipina pula ianya digunakan sbg ramuan utama utk merawat mereka yg menghadapi masalah pengaliran darah haid tidak teratur manakala di India ianya digunakan utk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.

Nah, ni bonus 2 resipi berasaskan tembikai susu.

AISKRIM TEMBIKAI SUSU

Untitled design - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…

Kredit foto : FB Malaysia Viral Story

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tembikai susu
  • ±100gm gula kastor (bergantung pd kemanisan buah)
  • 1 biji putih telur
  • 200ml krim putar
  • Pewarna hijau * ikut citarasa warna kesukaan

CARA MEMASAK:
1. Potong kecil tembikai susu dan bekukan di dlm peti ais semalaman.
2. Sesudah dibekukan, kisar tembikai susu beku tadi dgn cara memasukkannya ke dlm pengisar sedikit demi sedikit.
3. Selepas itu masukkan putih telur dan kisar lagi.
4. Kemudian masukkan pula krim putar, sambung kisar. Pastikan semua bahan dikisar sebati.
5. Selepas dikisar, adunan dimasukkan ke dlm bekas utk disejukkan. Jika suka, blhlah dimasukkan pewarna dan digaul rata.
6. Masukkan bekas tadi ke dlm peti ais utk dibekukan sepenuhnya.
7. Sedia dihidang.
*jika nak diletakkan pewarna, pilih warna hijau epal atau kuning.

Kredit resipi dan foto : FB Malaysia Viral Story

HONEYDEW PUDDING

Untitled design 2 1 2 - Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…
(Dapat 4 biji seperti dlm gambar)

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 5 susu mkn serbuk perisa tembikai susu *ada dijual di kedai bakeri
  • 1 ½ sudu mkn krimer *Coffemate

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air, serbuk perisa tembikai susu, krimmer dan serbuk agar-agar dlm periuk.
2. Kacau sehingga krimmer dan serbuk tembikai susu larut.
3. Kemudian nyalakan api, masukkan gula dan masak sehingga mendidih
4. Tuang dlm bekas yg sesuai dan biar selama 2-3 jam sehingga pudding keras.
5. Bila sejuk sedikit blh lah dimasukkan dlm peti ais.
6. Sedia utk dinikmati

Kredit foto dan resipi : ilhamdapur.blogspot.com

Komen anda

Loading...

Tags: #Cantik #Dahlah #Dari #MENU #Pulak #Sedap #Sihat #Susu #Tembikai #Tu…

author
Author: 
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kuih Bingka Ambon (Ambon Honeycomb Cake; Kue Bika Ambon; 黄金糕) **
    【Recipe】http://kitchentigress.blogspot.sg/2012/09/kuih-bingka-ambon-video.html Bika Ambon is a cake from, not Ambon, but Medan. Aka kuih
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan

    Leave a reply "Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Blh Sihat & Cantik Pulak Tu…"