Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

Loading...

Untitled design 5 8 1 - Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

Sayur brokoli ni memang jarang ada dlm menu masakan Melayu. Brokoli ni byk dlm sajian Barat dan Oriental.

Hidangan yg mengandungi brokoli ni memang memberikan rasa lazatnya tersendiri, tetapi yg paling mengujakan ia byk mengandungi khasat. Ia dipercayai blh menghindari penyakit kanser dan jantung serta byk khasiat lain.

Bolehlah dicuba nanti.

1. ROTI BAKAR BROKOLI DAN KENTANG LECEK PEDAS

Untitled design 3 17 - Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A (KENTANG LECEK):

  • 340gm kentang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh emping cili (lebihkan jika suka pedas)
  • Air utk merebus secukupnya

BAHAN B (BROKOLI BAKAR):

  • 100gm-150gm brokoli | potong kasar
  • 8 sudu mkn minyak zaitun
  • 1 sudu mkn jus lemon
  • 10-20gm keju parmesan | lebihkan jika suka
  • Garam dan serbuk lada hitam cukup rasa

BAHAN ROTI BAKAR:

  • 4-5 keping roti putih
  • 2-3 sudu mkn mentega
  • 5-6 biji cili Thai

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kentang lenyek; Buang kulit dan rebus kentang lebih kurang 20-25 minit sehingga empuk.
2. Toskan airnya dan masukkan ke dlm satu mangkuk besar. Lecek kentang sehingga halus.
3. Perasakan dgn garam, serbuk lada hitam dan emping cili. Ketepikan.
4. Untuk membuat brokoli bakar; Panaskan oven dgn suhu 200˚C.
1. Satukan semua bahan B, gaul sekata dan ratakan di dlm dulang pembakar.
2. Bakar selama lebih kurang 15 minit sehingga perang dan lembut. Keluarkan dan ketepikan.
3. Utk membuat roti bakar; Sapukan mentega pd permukaan atas dan bawah roti.
1. Bakar pd suhu 200 ˚ C lebih kurang 5 minit sehingga sedikit perang.
2. Roti dipotong dua dan ratakan kentang lecek pd permukaan atas roti, susun brokoli bakar tadi dan taburkan sedikit keju parmesan.
3. Potong cili Thai dan taburkan sedikit di atasnya.
4. Sedia utk dihidangkan.

Info chef: Cili Thai adalah pilihan sekiranya anda suka pedas.

Saiz hidangan: 2-3 orang


Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM15

2. BROCCOLI PARMESAN 

Untitled design 2 18 - Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

  • 230gm brokoli | cincang
  • 1 biji telur
  • 65gm tepung gandum
  • 30gm keju parmesan parut
  • ½ sudu teh garam
  • Serbuk lada hitam cukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dgn sudip atau sudu utk meleperkannya.
3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan.
4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan.
5. Sedia utk dihidangkan.

Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju parmesan
Jenis masakan : Lempeng
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM15

3. BROCCOLI MOZZARELLA BITES

Untitled design 81 - Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 sudu mkn madu
  • 60gm brokoli | potong kasar
  • 60gm keju mozzarela | parut kasar
  • 1 biji telur
  • 160ml susu segar
  • 150gm tepung gandum serba guna
  • 3gm serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh minyak masak
  • 1 biji bawang merah | racik
  • Minyak utk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Di dlm mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dlm minyak yg panas. Goreng sehingga perang keemasan.
6. Angkat dan tos minyak.
7. Sedia utk dihidangkan.

Info chef: Enak dicicah dgn cili sos Thai.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak keju mozarela
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM15

4. BROCCOLI PASTA

Untitled design 1 18 - Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm pasta spageti
  • 2 sudu mkn minyak zaitun | utk spageti
  • 30gm minyak | utk menumis
  • 10 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 50gm brokoli | dicincang halus
  • 50gm brokoli | potong kasar
  • 1 kiub pati ayam
  • 30gm keju parmesan
  • Air secukupnya utk merebus spageti
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air di dlm periuk sehingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dlmnya.
2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli yg dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yg sudah dimasak tadi.
5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

Info chef: Blh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan
Jenis masakan : Pasta
Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng
Anggaran kos: RM15

Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.

Komen anda

Loading...

Tags: #Berkhasiat #Brokoli #Dahlah #MENU #Menyihatkan #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Menu Brokoli Dahlah Sedap, Berkhasiat Menyihatkan"