Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

Loading...

E317C41A C4D5 40DF A957 B5977791077C - Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

IPOH – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia dlm kain rentang sekolah.

Teguran itu dibuat menerusi hantaran di ruangan komen Instagram milik Timbalan Yg Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pagi tadi.

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan jata negara turut digunakan.

“Memandangkan logo (lambang) kerajaan digunakan pd poster dan YB (Yang Berhormat) merupakan wakil kepada kerajaan, poster mestilah ditulis dgn menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya.

Maszlee turut meminta Kor Ming membuat teguran terhadap sekolah berkenaan.

“Minta YB menegur pihak sekolah,” tulisnya ringkas.

Gambar kain rentang berkenaan dimuat naik Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Instagram peribadinya, malam tadi sbg makluman bahawa beliau akan mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada sekolah itu Isnin ini.

Kain rentang yg memaparkan tulisan bahasa Cina itu antara lain mengalu-alukan kehadiran wakil rakyat DAP itu kembali semula ke sekolah lama beliau.

Dalam pd itu, Kor Ming ketika dihubungi berkata, kain rentang berkenaan bukanlah poster rasmi drpada pihak sekolah.

E38DE1DB 9B81 46F6 928A DDC52588CC75 - Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

Menurutnya, dlm versi rasmi dinyatakan secara jelas makluman program dlm bahasa Malaysia dan Cina.

“Bahasa kebangsaan dipaparkan dgn cukup jelas dlm banner rasmi, ini membuktikan semua pihak memang menghormati bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi pihak sekolah,” katanya.

Katanya, beliau berharap tiada mana-mana pihak menjadikan perkara itu sbg satu isu.

“Paling penting kita turun pdng berbakti dan membantu rakyat yg memerlukan tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Loading...

Tags: #BAHASA #Guna #Kain #Melayu #Menteri #Rentang #Sekolah #tegur #tidak

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Comments are closed.