Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Loading...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Yes kalau ada siapa yg dah baca post Maha yg berkaitan dgn Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau korang blh sambung baca post yg kedua ni pula. Sambungan perjalanan Maha di KEPRI ini utk menjejaki pula asal usul Bahasa Melayu dan Kesultanan Melayu. Orang Melayu kalau nak tahu sejarah dan juga bagaimana perkembangan Melayu di nusantara ini kena datang ker Pulau Lingga ini.
Pelabuhan Sungai Renum 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Cuma nak bg tahu sikit kalau sapa nak pergi ke Pulau Lingga ini korang blh naik feri drpada Jeti Batam Centre. Satu hari tak silap Maha ada hanya ada satu perjalanan feri sahaja yg pergi ke pulau ini dan harga hanya RM80 atau Rp255,000 sehala. Perjalanan feri ni lebih kurang 5 sehingga 6 jam tengok pd keadaan cuaca dan laut. Walaupun jauh tapi ia akan memberi korang satu pengalaman yg sangat menyeronokan.

Air Terjun Resun

Tapi Maha hari tu bukan dr Batam tapi kami dr Desa Batu Berlubang jadi tak jauh perjelanan nak ker Pulau Lingga ni. Kat sini pengembaraan kami lagi sangat mengujakan kerana kami akan melalui laluan menaiki boat dan juga laluan darat bertanah merah dan dikelilingi hutan. Sesampai sahaja kat Pelabuhan Domestik Sungai Tenam Lingga dan kami menaiki bas yg disediakan utk meneruskan perjalanan ke Air Terjun Resun yg paling sejuk.
Air Tejun Resun Lingga 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Air Tejun Resun Lingga - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Air Tejun Resun Lingga 2 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Air Tejun Resun Lingga 3 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Lebih kurang sejam perjalanan bas kami akhirnya kami sampai ke air terjun. Memang sangat teruja ada kat sini kerana air terjun ini masih cantik dan terpelihara. Air terjun ini sangat sejuk kalau korang mandi. Maha mandi kat sini kerana nak merasai kesejukan dan melihat kejernihan air terjun ini. Air terjun ini mempunyai cerun 45 darjah sehingga air tidak melompat terus ke bawah tetapi mengalir di dinding landasan. 
Air Tejun Resun Lingga 6 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Air Tejun Resun Lingga 7 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Puas mandi walaupun sekejap tapi masa kami datang ni musim kemarau jadi air tak berapa byk tapi masih blh mandi dgn tenang dan nyaman. Orang kata air terjun ini blh terus minum begitu sahaja kerana ia masih terpelihara dan terjaga kesegarannya. Lps hampir sejam mandi kami terus begerak ke hotel utk penginapan kami malam ini. 

Pekan Pancur

Malam itu kami akan menginap di sebuah pekan kecil yg begitu unik kerana pekan ini kalau di lihat sepertu berada di atas air. Ini kerana ia adalah pekan di muara laut sangat menarik dan sesuai utk melihat matahari terbenam. Kat sini penduduk mereka terdiri drpada campuran masyarakat Melayu dan Cina. Pekan ini hanya blh dimasuki dgn kenderaan motor sahaja kalau kereta pun sampai kat kawasan tepi jalan. 
Kampung Pancur Lingga 2 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Kampung Pancur Lingga 3 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Kampung Pancur Lingga 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Kampung Pancur Lingga - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Kampung Pancur Lingga 6 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Kampung Pancur Lingga 7 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Kemudian kena jalan kaki utk masuk ke kawasan hotel yg kami menginap ini. Kawasan ini walaupun ia adalah pekan kecil tapi penduduk meriah sehingga waktu malam. Ini kerana kami sampai kat pekan tu penduduk tengah membuat sambutan Tahun Baru Imlek atau kita panggil Thn Baru Cina. Kami merehatkan diri semalam di sini kerana esok masih jauh perjalanan kami utk terus mencari sejarah kemelayuan di Pulau Lingga ini.

Gunung Daik Bercabang Tiga

Pagi tu kami bangun awal sarapan dan berkemas semua barang utk begerak menaiki boat laju menyulusuri sungai yg ada byk buaya kata mereka. Dlm hati ada rasa seram sebab sekali sekala nampak kelibat sang bedal tu tapi mereka tidak ganggu kami. Perjalanan tak lama hanya 30minit sahaja dan kami sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami naik lagi bas utk ke sebuah muzium yg popular di sini.
Daik Lingga Kepulauan Riau - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Lebih kurang 40 minit perjalanan bas kami sampai ke Muzium Lingga Linggam Cahaya. Nama Linggam Cahaya diambil dr kata Linggam yg membawa maksud batu berwarna merah dan cahaya bererti sinar. Di dlm muzium inilah kita blh tengok dan juga mengetahui lebih byk tinggalan sejarah asal usul kesultanan Melayu Lingga. Byk artifak dgn berbagai bentuk, ukuran, motif, dan relief dipamerkan di sini. 
Muzium Linggam Cahaya Daik  - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Kat sini juga kita blh melihat bagaimana kronologi dan urutan sejarah Kesultanan Melayu Lingga. Kita ketahui sejarah pentadbiran Riau-Lingga-Johor-Pahang kerana ia adalah dibawah jajahan mereka dan kat situ dpt lihat byk tinggalan dan koleksi foto yg masih kekal ada. Semua memberi tahu kita bahawa asal orang Melayu dan juga Bahasa Melayu bekembang pesat dan maju bermula di sini. 
Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 3 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 4 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 5 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 6 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Muzium Lingga Linggam Cahaya Daik 7 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Juga terdapat koleksi rangka binatang yg unik dan menarik tidak pernah kita lihat kat tempat lain juga di pamerkan di sini. Maha dpt belajar byk juga tentang Melayu serta sejahrah yg kita tidak pernah ketahui di sini. Lama juga kami berada di sini utk sesi bergambar dan mengenali sejarah Melayu. 
Gunung Daik Bercabang Dua - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Kat Muzium ini juga kita blh lihat dgn jelas Gunung Daik yg kita ketahui melalui pantun Melayu Lama. Ada juga mitos tentang gunung ini kalau kita baca pd pantu itu menyatakan bahawa Gunung Daik Bercabang Tiga. Tapi bila Maha lihat gunung ni hanya bercabang dua sahaja. Byk cerita motis tentang cabang yg ketiga dikaitkan dgn kisah sedih seorang puteri raja dan juga kejadian pelanggaran kapal terbang pd cabang ketiga tersebut. 

Situs Istana Damnah

Satu lagi tinggalan sejarah yg menceritakan tentang kehebatan Kesultanan Melayu Lingga. Kali ini tak jauh drpada muzium tu kami pergi ke tapak tinggal istana lama kesultanan Melayu Lingga yg dikenali sbg Istana Damnah. Dlm catatan ada menyebutkan Istana Damnah dibangunkan pd thn 1860 di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857-1883). Bentuk bangunan istana ini seperti panggung dgn dua buah pintu masuk dan empat buah tiang penyangga yg terbuat dr beton. 
Situs Istana Damnah - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 2 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 3 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Depan istana ini terletaknya Balairung Seri yg mana ia adalah tempat utk kunjungan dan juga mesyuarat atau pertemuan-petemuan penting raja-raja dahulu kala. Besar juga istana ini kalau dilihat drpada tinggal yg ada. Bg menampakkan sendiri bagaimana rupa bentuk istana ini. Kerajaan Indonesia telah membangunan replika Istana Damnah di sebelah tapak tinggalan istana ini. 
Situs Istana Damnah 4 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 5 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Cuma mungkin warna dan juga ukiran yg ada agak sedikit berbeza drpada istana asal cuma bentuk dan saiz adalah sama. Replika muzium ini bukan sahaja utk gambaran tetapi juga ia dijadikan lokasi utk sebarang aktiviti keraian masyarakat setempat. Jadi memang ia digunakan menjadi sangat berfungsi. 

Situs Istana Damnah 7 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 6 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Situs Istana Damnah 8 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Tak jauh juga drpada tapak replika istana ini terdapat satu kawasan air sungai yg menjadi lokasi dimana raja-raja dulu memandikan kuda-kudan mereka. Kawasan ini dikenali sbg Lubuk Papan yg airnya masih jenih dan sejuk. Air sungai ini masih mengalir dan ia dikatakan drpada air puncak gunung Daik. Menurut orang tempatan air sungai ini blh diminum begitu sahaja kerana masih terpelihara dan tidak tercemar. 
Warung Friska Lingga - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Warung Friska Lingga 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Warung Friska Lingga 2 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Maka berakhir satu hari perjalanan kami kat Pulau Lingga ini memang menarik dan byk tinggalan sejarah yg ada kat sini. Kata orang sini kalau orang Melayu yg datang melawat pulau ini seperti orang Melayu pulang ke kampung asal mereka. Ohh lupa nak cite hari tu kami mkn tengahari kat sebuah restoran menarik iaitu Warung Fiska. Kat sini menyajikan kami mknan tradisi kat sini dan semua mknan enak-enak belaka.
Hotel Lingga Pesona - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Lingga Pesona Hotel - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Lingga Pesona Hotel 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau
Lepas tu kami ke hotel baru penginapan kami iaitu di Pekan Daik. Kat Lingga Pesona Hotel ni baru kami dpt merasai ada sambungan internet utk berhubung dgn orang luar. Memang seram juga beberapa hari tak ada hubungan luar tak dpt nak kongsi dgn korang tentang gambar menarik. tapi korang blh tengok sendiri gambar Maha up kat post ini.
Pulau Lingga Batam - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Pulau Lingga Batam 1 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Pulau Lingga Batam 3 - Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Keesokkan harinya pula kami berangkat seawal pagi nak pergi pelabuhan jeti nak belepas ke Batam dan pulang ke Malaysia. Tetap rasa rindu kepada Lingga Kepulauan Riau ini kerana byk tempat menarik dan cantik. Selain itu juga, ada byk tinggalan sejarah yg blh kita kaji dan ketahui semua tentang sejarah Melayu. Kalau korang nak datang sini blh berhubung Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dgn whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu bagaimana nak datang dan mendapatkan kemudahan yg ada di sini. 
Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga
    
Loading...

Tags: #asal #Kepulauan #Lingga #Melayu #Menjejak #Pulau #Riau #Usul #Warisan

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau"