Menjawab Salah Faham Mengenai Umrah DIY Dan Kononnya Lim Guan Eng Membunuh Perniagaan Melayu.

Oleh : MOHD FIKRI ABDUL RAHMAN

Terbaca satu posting yg ditulis menamakan dirinya SD Salleh, mendakwa Menteri Kewangan mengeluarkan satu kenyataan bahawa pakej umrah hanya blh dilakukan melalui Tabung Haji (TH).


Tidak tahu sumber dipetik dr mana kerana tidak diberikan link sumber asalnya, saya mencari sumber asal yg blh dipercayai tentang kenyataan ini namun belum ditemui.
Namun saya berhasrat menjawab beberapa dakwaan dibangkitkan posting tersebut :

Umrah 1 - Menjawab Salah Faham Mengenai Umrah DIY Dan Kononnya Lim Guan Eng Membunuh Perniagaan Melayu.


1. Lesen pengendali Umrah di bawah bidangkuasa Kementerian Pelancongan bukan di bawah bidangkuasa Kementerian Kewangan atau Tabung Haji (TH).

Lesen Khas Umrah (LKU) hanya blh dikeluarkan MOTAC, Kementerian Pelancongan, bukan dikeluarkan Kementerian Kewangan atau Jabatan Perdana Menteri (Agama) yg bertanggungjawab terhadap TH.

Lesen dikeluarkan kepada 2 kategori syarikat pengendali umrah iaitu jenis Muassasah dan Bukan Muassasah.

Antara syarat lain lesen hanya dikeluarkan kepada syarikat pengendali Muslim sahaja.

Timbul persoalan bagaimana polisi kerajaan melalui Kementerian Pelancongan tidak membenarkan Umrah DIY, tiba-tiba ada posting mengaitkan bahawa LKU hanya akan dikbenarkan melalui Tabung Haji, bukankah ini suatu yg tidak benar dan bercanggah.

Apabila Umrah DIY tidak dibenarkan, bagaimana mungkin polisi menetapkan hanya satu pengendali TH sahaja dibenarkan beroperasi sedangkan LKU dikeluarkan MOTAC kepada syarikat-syarikat pengendali umrah berdaftar dan sah.

Kerajaan juga menasihatkan rakyat Malaysia tidak mengatur sendiri urusan mengerjakan umrah, sebaliknya perlu melalui agensi pelancongan berdaftar atau mudahnya syarikat pengendali umrah yg berdaftar sedia ada yg sah demi menjaga kepentingan pengguna dr kejadian penipuan syarikat pengendali umrah dan umrah DIY (secara sendiri) blh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana pihak berkuasa negara berkenaan tidak membenarkan berbuat demikian.

Antara syarat lain ditetapkan mendapatkan LKU mesti mempunyai Perjanjian Muassasah atau Perjanjian Kerjasama dgn syarikat berstatus Muassasah.

Syarat-syarat lain dikuatkuasakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, iaitu perlindungan Insurans Indemniti ke atas syarikat-syarikat pelancongan yg menjalankan aktiviti Outbound ini.

2. Tabung Haji bukan di bawah bidangkuasa Kementerian Kewangan utk menentukan hala tuju pengurusan dan pentadbirannya.

Tabung Haji (TH) mempunyai Pengerusi dan Lembaga Pengarah yg menentukan dasar dan polisi agensi berkenaan serta pasukan pengurusan tertinggi diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif..

Sejarahnya Tabung Haji lahir dr cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pd Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Langkah pertama ke arah itu diambil dgn tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH) di bawah Undang-undang No. 34, 1962, pd thn 1963. Perbadanan itu adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Perbadanan Wang Simpanan ini kemudiannya dikenali sbg Lembaga Urusan Tabung Haji pd thn 1969 sebelum dikenali sbg Tabung Haji, dan kemudiannya suatu Akta khusus mengawal perjalanannya di bawah Akta Tabung Haji 1995 diperkenalkan.

Bagaimana sebuah agensi diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) blh dikawal Kementerian Kewangan, sedangkan Menteri menjaganya sendiri tidak mempunyai maklumat dan membuat apa-apa kenyataan mengenainya, ataupun Menteri yg menjaga LKU iaitu Menteri Pelancongan juga tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenainya kerana LKU ini melibatkan bidangkuasa kementeriannya.

3. Masih memutar belit fakta tentang SPV, bahawa orang bukan Islam hendak menguasai TH dan mengambil alih TH serta mendapatkan laba dan keuntungan dr penubuhan SPV.

Saya mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bg tindakan jangka pendek dgn bahasa mudah dan difahami orang awam.
Menurut standard laporan kewangan (FRS), sebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dlm tempoh sembilan sehingga 12 bln.

Bagaimanapun, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus utk tempoh 24 bln. Angka itu diubah dua kali pd 2017, kepada 85 dan 90 peratus.
Jikka had ambang ditetapkan pd 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pd 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

Penyembunyian kerugian ini bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yg cukup utk membayar dividen pd 2012.

Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi.

Jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus utk tempoh 12 bln), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Bagi mengadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, Tabung Haji dilihat berusaha mengemaskini aset tidak menguntungkan dimiliki ketika ini bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding aset yg bagus bernilai RM 57.1 bil).

Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada Tabung Haji bg thn kewangan terkini dan kewujudannya di dlm buku Tabung Haji hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan Tabung Haji dan akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.

Bagi merawat hal terbabit dgn segera, pihak Tabung Haji memilih memindahkan atau menukarkan aset tidak untung masa ini (termasuk Tanah TRX sbgmana klasifikasi yg ditetapkan oleh Tabung Haji sendiri dan kaedah perakaunan) itu semuanya kepada SPV, ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yg ingin membeli aset kurang bagus itu pd waktu ini.

Kerajaan memperkenalkan pegangan Sukuk bertempoh matang 7 thn terbabit memberikan jangkaan pulangan sebanyak 5 % setahun kepada Tabung Haji berbanding aset tidak bagus sedia ada yg tidak memberikan apa-apa.

Bagaimanapun Redeemable Convertible Preferences Share (Islamic) yg bernilai RM 9.9 bil tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka utk ditebus kembali oleh TH.

Jika digabungkan kedua-duanya beerti utk aset bernilai RM 19.9b, TH bakal mendapat pulangan 2.5 % setahun.

4. Tabung Haji hak mutlak pendeposit dan Kerajaan tidak blh campurtangan, dgn pemindahan aset ini pendeposit menjadi mangsa dan keuntungan kembali kepada syatikat SPV.

Semua wang pendeposit dijamin kerajaan dan pandangan ia adalah hak mutlak pendeposit adalah tidak tepat, kerana segala deposit yg berada dlmnya dijamin Kerajaan sbgmana diperuntukkan di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995.

Apabila Kerajaan menjadi penjamin, sudah tentu Kerajaan wajib memastikan urustadbir kewangan TH berjalan dgn baik tanpa penyelewengan dan penipuan melibatkan institusi deposit terbesar umat Islam di Malaysia.

Sebenarnya kerajaan Malaysia sedang ‘bail out’ Tabung haji melalui dua instrumen ini.

Orang yg tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sbg pelik.

Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bg hartanah, ia membabitkan aset dgn hasil kurang dua peratus dan bg ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus dgn jumlah nilai aset tersebut mencecah RM19.9 billion.

Semoga penjelasan ini dpt memberi gambaran dan fakta sebenar menjawab tentang penulisan tersebut.


Loading...

Tags: #Faham #Guan #Kononnya #Melayu #Membunuh #Mengenai #MENJAWAB #PERNIAGAAN #SALAH #Umrah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Menjawab Salah Faham Mengenai Umrah DIY Dan Kononnya Lim Guan Eng Membunuh Perniagaan Melayu."