Meninggal Dunia Akibat Busung

Loading...

Saya masih ingat beberapa thn lps, seorang pencipta superhero tempatan terkenal menghubungi saya utk dtg berubat. Waktu itu saya masih bertugas sbg wartawan di majalah Mastika. Saya tinggal di apartment di Sungai Tangkas.
“Tuan blh datang ke rumah saya..tapi apartment. Blh ke?”
Dia balas,
” Blh In sya Allah. Saya dr Putrajaya je.”
Seperti dijanjikan pd pukul 5 petang hari Ahad itu dia sampai bersama anak-anak yg memapahnya. Masya Allah, kesihan pula tengok susah payah dia keluar dr kereta menuju ke lif. Tapi riak wajahnya tak mennunjukkan kepayahan. Riak wajahnya menggambarkan segunung ketabahan dan kepasrahan.
Saya masa itu dah tahu identitinya saya jadi segan sikitlah. Bukan calang-calang orang yg nak berubat dgn saya petang ini. Beliau terus dimasukkan ke bilik solat yg juga bilik rawatan dan terus dibaringkan. Nampak benar tulang rusuknya menonjol keluar berbeza perutnya mengembung dgn pusatnya terjojol spt mata manusia menjegil mahu pecah.
“Dah pergi ke Darul Syifa?”soal saya selepas beberapa ketika.
“Sudah ustaz. Tapi belum ada izinNya lagi saya reda..”
“Boleh ceritakan sikit mcm mana bang sakit ni..” saya tak sabar-sabar mahu dengar asal muasal beliau sakit. Saya memanggilnya ‘bang’ atau ‘abang’ sepanjang perbualan itu tanda penghormatan kepada beliau yg lebih tua drpada saya.
Lalu berceritalah beliau…yang saya blh jadikan pengajaran di sini..katanya dia tidaklah baik sangat. Maklumlah bila menceburi bidang ni, mcm-macam manusia dia jumpa. Adakala sebab nak melayan pelabur kena ikut gaya hidup pelabur itu sikit sebanyak. Masya Allah, rasanya tak usahlah saya sebutkan detail. Apa blh saya beritahu rakan fesbuk yg budiman, jauhilah gaya hidup tak sihat spt merokok, alkohol dan berzina. mcm biasa bila dah dpt byk projek, mulalah org lain dengki iri hati. Buat mcm-macam pd beliau…
“Tapi ustaz..saya tetap sangka baik…saya tahu saya bukan baik sangat…”

“Ya betul tu bang. Walau bagaimanapun, kita selaku manusia haruslah berikhtiar berubat dan mencari penawar. Kita bersalah kita bertaubat kepada Allah. Moga-moga Allah ampuni dosa kita.”
Beliau menangis teresak-esak. Pedih pula mata ini mcm kena cabai Melaka.
“Sabar bang…saya hamba Allah biasa-biasa saja. mcm ini, saya cubalah dulu, kalau ada izinNya moga-moga Allah tunjukkan jalan.”
Beliau mengesat matanya lalu berusaha mengawal emosinya. Saya menyuruh beliau agar beristighfar, bersyahadah dan berselawat dan membaca kalimah basmallah 21x.
Saya mula memperkemaskan sila dan memasang niat. Sewaktu saya larut dlm zikir, kelihatannya satu sosok makhluk besar mukanya memenuhi ruang scan saya. Terus saya besarkan roh sehingga mengatasi ‘besarnya’ benda alah hudoh tu.
“Kau jangan campurlah urusan aku kalau tak nak nahas budak!”
“Kapak bukan sebarang kapak.Budak bukan sebarang budak!” lebih kurang begitulah saya berbasa basi pula. Bukan apa terkejut tak habis lagi hadap muka hudoh hidung besar mata terjojol keluar.
Lantas apa lagi, terus saya kasi dia nur Dzul Faqor satu kali, tup pong meletup ghaibul ghuyub! Layar scan saya kosong hening. Saya buka mata. Lantas saya letakkan telapak tangan kanan ke perutnya. Saya pejam mata lagi dan pandang dlm dr Titik Nun. Aku titik Nun kau hampa kosong maya. Begitu lebih kurang jampinya. Saya tengok mcm semangat ke qarin ke melabu seperti asap berpusar-pusar pd perutnya.
Mak aih, apa kona pelik sangat ko ni jang! Dgn makrifat huruf Nun saya kunci aliran pusar itu. Dan saya hancurkan ia dgn Alif Tegak. Lantas beliau sendawa berturut-turut sampai tersedar saya ke alam syahadah semula. Kemudian secara nyata, saya mendengar perutnya berbunyi suara raungan dan tangisan berganti ganti maraton. Semerta perutnya kempis 2 inci, rasa lembut sikit perutnya.
“Masya Allah Quwwata illa billah…boleh tahan permainan orang zalim ni.”
Mulut beliau melopong. Matanya terbeliak mendongak ke atas. Peluh menitis laju meleleh dr lengan ke siku. Rumah tak ada penghawa dingin.
Saya cuba lagi masuk, aik pi mana dah benda alah tadi. Cari-cari dlm kabus tu. Selak dlm lagi dlm lagi sampai…jumpa kembar diri beliau berdiri tegak dan tersenyum.

Terkejut juga saya lantas kembali kesedut semula ke alam syahadah. Tersandar ke dinding. Mujur masa itu belum ada anak. Kalau tak mahunya dipanjatnya badan saya sewaktu berkelana di alam sana itu.
“Maafkan saya bang. saya dah cuba sedaya upaya saya. Sebenarnya yg buat tu…”
“Tak apalah ustaz tak payah beritahu. Saya cukup bersyukur dpt berubat dgn ustaz. Saya tahu ustaz ni bukan calang-calang juga. Cuma ustaz…saya lalai lupa diri..kalaulah saya mcm ustaz…aduhai…”
“Sabar bang, hanya Allah memberikan kita kekuatan utk taat la haulawala quwwata illa billahilaliyil azhim.”
Beliau memeluk saya erat dan hangat. Allahuakhbar!
Itulah kali pertama dan terakhir saya ubatkan beliau. Memang beliau ada maklumkan kepada saya keadannya semakin membaik, sudah dpt berak dan perutnya kempis dr sehari ke sehari. Namun pd satu hari saya diberitahu oleh isterinya yg beliau meninggal dunia dgn tenang dan senyuman.
Beliau bukan calang-calang sbg anak seni tapi juga sbg ahli dlm bidang ini cuma ujian kehidupan yg bertepatan dtg sekali dgn sihir angkara murka khianat hasad manusia, sebangsa seagama beliau menghadapi ujian sakit sebegitu. Moga-moga Allah ampunkan dosanya dan sama-samalah kita merenung diri kita dan jadikan ia sbg iktibar.
-al-faqir-
0136421228
(rawatan dan pengajian keilmuan)
Dilarang menebak siapa karyawan tersebut ambillah pengalaman saya yg tak seberapa ini sbg ibroh kita bersama
Loading...

Tags: #Akibat #Busung #Dunia #meninggal

author
Author: 
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi

    Comments are closed.