MENDIRIKAN JUMAAT DENGAN ZUHUR

Loading...

 Mendirikan Juma‘at dgn sembahyang Zohor.

 Tiada ada kebenaran Syara’ pd mendirikan Sembahyang Juma‘at dgn sembahyang Zohor, kerana nendirikan Sembahyang Juma‘at ditempat bukan ditempat orang-orang tiada bermastautin sekalipun cukup sempurna syarat 40 empat puluh orang ahli Jemaah, tiada sah menurut pendapat ‘ulama pdnya, bagaimana didalam al-Majmu’ oleh al-Imam an-Nawawi.
Berkata al-Imam an-Nawawi : Adapun penghuni khemah, jika kiranya mereka berpindah dr tempat mereka itu pd musim sejuk atau musim panas maka tiadalah sah Juma‘at mereka dgn tiada khilaf ‘ulama pdnya, dan jikalu mereka kekal di rumah-rumah khemah itu musim sejuk dan musim panas dan khemah-lhemah itu berhimpun diantara satu dgn lain maka pdnya ada dua sbgmana dihikayatkan oleh al-Imam-al-Imam ak-Qadhi Abu al-‘Iddah, asy-Syasyi dan lain ‘ulama Syafi’eyah.
Berkata al-Imam an-Nawawi:
Menurut Qaul yg telah lebih ashah dr dua qaul itu bahawa tiada wajib mereka mendirikan Juma‘at dan tiada sah Juma‘at mereka, dan dgn qaul ashah itu juga berkata al-Imam Malik dan al-Imam Abu Hanifah.
Qaul yg kedua wajib diatas mereka mendirikan Juma‘at dan sah Juma‘at drpada mereka, ini dinashkan dia didalam al-Buaithi. والله أعلم

بالصواب .
Menurut diatas ini adalah askar-askar yg diam di khemah Berakas itu, hukum mereka seperti hukum orang-orang ‘Arab Pedalaman yg diam dlm khemah-khemah mereka yg sentiasa berpindah dr satu tempat ke satu tempat menurut musim sejuk dan musim panas kerana mencari kehidupan sehari-hari, kerana kampung halaman mereka bukan di khemah Berakas dan mereka bila-bila masa akan balik ketempat asal mereka, dr itu mereka bukan orang-orang mastautin diam tetap di Berakas, sbgmana penduduk kampung diam tetap di kampung mereka.
Berkata al-Imam an-Nawawi: Berkata ‘Ulama Syafi’eyah: Disyaratkan sah mendirikan Juma‘at itu hendaklah didirikan Juma‘at dicelah-celah atau diantara rumah-rumah kediaman orang yg bermastautin yg rumah-rumah itu berhimpun diantara satu dgn lain (tiada berjauh-jauh), dgn orang-orang yg ter’aqad Sembahyang Juma‘at dgn mereka.
Berkata al-Imam an-Nawawi: Berkata al-Imam asy-Syafi’e dan ‘ulama Syafi’eyah sama ada rumah-rumah itu dr batu atau kayu atau tanah atau buluh atau daun dan pelafah atau lain, sama ada negeri yg ramai yg mempunyai pasar-pasar atau di kampung-kampung yg kecil, di gua-gua di gunung-gunung dijadikan tempat kediaman tetap (bagaimana saya lihat gua-gua yg besar, dijadikan tempat kediaman di Mesir pd zaman dahulu kala).
Jika rumah-rumah itu berjauh-jauh diantara satu dgn satu, maka tiadalah sah didirikan Juma‘at di rumah-rumah berjauh-jauh itu dgn tiada Khilaf ‘ulama pdnya kerana tiada dinamakandia kampung atau desa, dan diketahui berhimpun rumah-rumah atau berjauh-jauh rumah-rumah itu dgn jalan ‘urf dan adat.
Ini perkataan al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala.    
4.                Mendirikan Juma‘at pd tempat orang-orang mastautin tetap dan ahli jemputannya tiada sampai 40 empat puluh orang pd satu-satu ketika itu ada khilaf  ‘ulama pd sah Juma‘at mereka.
Adapun askar yg mendiami khemah di Berakas itu bukan seperti penduduk kampung yg kurang 40 empat puluh ahli Juma‘at pd satu-satu ketika itu, pdhal mereka orang-orang bermastautin tetap diam kampung.
Ringkasannya askar yg mendiami khemah di Berakas itu ada hukumnya bersendiri dan penduduk kampung yg bermastautin yg tiada cukup 40 empat puluh ahli Juma‘at pd satu ketika ada hukumnya bersendiri.

5.                Tiada sah didirikan Juma‘at di Surau atau Masjid Kem Berakas itu sama ada ditimbal Zohor atau tiada, kerana tiada syarat sah mendirikan Juma‘at di Kem Berakas itu.
والله أعلم بالصواب
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei

Loading...

Tags: #Dengan #Jumaat #MENDIRIKAN #Zuhur

author
Author: 
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya

    Leave a reply "MENDIRIKAN JUMAAT DENGAN ZUHUR"