Membongkar Tragedi Berdarah Di Masjid Christchurch, New Zealand.

Oleh : Putra Nubhan

Membongkar tragedi berdarah di masjid Christchurch, New Zealand

1. Jumaat, tanggal 15 Mac 2019, insiden tembakan rambang berlaku di masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat. Dianggarkan lebih 40 orang terkorban dan lebih 20 orang cedera. Terdapat juga warga Malaysia yg turut menjadi mangsa dlm insiden tersebut. Takziah buat seluruh mangsa yg terlibat.

Islam - Membongkar Tragedi Berdarah Di Masjid Christchurch, New Zealand.


2. Penyerang yg sangat kejam dan tidak berhati perut ini adalah seorang lelaki warga Australia berkulit putih berusia 28 thn, menggunakan nama Brenton Tarrant di media sosial, turut menyiarkan serangan itu secara langsung di Facebook.

3. Rakaman tersebut berserta akaun media sosialnya telah dipadam, namun video tersebut telah tersebar luas. Aku mohon jangan tonton dan kongsi video tersebut. Paling aku risau, video tersebut ditonton oleh anak-anak kita yg pasti akan meninggalkan kesan yg sangat dlm terhadap emosi mereka.

4. Walaupun ramai yg mengecam dan mengutuk tindakan pengganas itu yg dianggap sbg ekstremis anti-imigran dan anti-Islam, namun ada juga golongan yg menyokong tindakan tersebut dan menyanjung lelaki itu sbg wira.

5. Ini kerana sebelum lelaki itu melakukan keganasan tersebut, dia telah memberitahu perancangannya di sebuah forum Internet 8chan. Turut dilampirkan adalah fail 74 muka surat bertajuk “The Great Replacement” yg mengandungi motif dan motivasi kepada serangannya. Aku dah baca sekali lalu fail tersebut dan apa yg aku blh rumuskan secara ringkas adalah seperti berikut.

6. Lelaki tersebut merupakan seorang “white supremacist” atau ketuanan bangsa kulit putih (biasanya bangsa Eropah atau Caucasian) yg percaya kaumnya lebih tinggi dan unggul dr semua kaum lain di muka bumi ini, dan mereka harus menguasai dan mendominasi masyarakat dunia.

7. Namun dia ada suatu ketakutan, di mana kadar kelahiran (birth rate) atau tahap kesuburan penggantian (replacement level fertility) bg bangsa kulit putih semakin rendah. Manusia semakin lama semakin tua dan lemah, dan setiap hari populasi kaumnya semakin kurang.

8. Utk memahami isu ini, bg kelangsungan tamadun manusia dr kepupusan, tahap kesuburan penggantian yg ideal adalah 2.1 anak bg setiap wanita. Ini bermakna secara purata setiap keluarga perlu mempunyai sekurang-kurang 2 orang anak atau lebih, kerana 2 atau lebih anak ini akan menggantikan ibu dan bapanya yg meninggal dunia, jadi semakin lama populasi manusia akan kekal atau bertambah dgn kadar yg ideal.

8. Namun jika purata tahap kesuburan terlalu tinggi pula melebihi 4, ia akan menyebabkan kelebihan populasi (over population) sehingga menimbulkan masalah seperti kekurangan mknan, kekurangan tempat tinggal, kurang penjagaan kesihatan, pengangguran, penularan wabak penyakit dan sbgnya. Masalah ini biasanya wujud di negara-negara miskin dan negara dunia ketiga.

9. Dan jika purata kelahiran kurang dr 2 pula, populasi manusia akan berkurangan selari dgn pergerakan masa menyebabkan semakin lama populasi manusia semakin berkurang dan akhirnya mungkin akan pupus ditelan dek zaman. Biasanya negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan menghadapi isu ini disebabkan oleh arus kemodenan, gaya hidup, kos sara hidup yg tinggi dan sbgnya. Hal ini juga mengakibatkan penurunan penduduk asal negara mereka, sekaligus meningkatkan kadar imigran utk menampung tenaga kerja di negara mereka.

10. Inilah hal yg paling ditakuti oleh penyerang tersebut dan juga “white supremacist” yg lain. Mereka takut apabila jumlah imigran (pendatang asing yg menetap di negara lain) di negara majoriti bangsa kulit putih seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Oceania semakin lama semakin ramai.

11. Imigran ini pula yg rata-ratanya orang Islam dr pelbagai negara majoriti Islam (negara Arab, Asia Tenggara) pula biasanya mempunyai kadar kelahiran yg tinggi berbanding mereka. Biasanya keluarga muslim mempunyai kadar kelahiran yg lebih tinggi (purata 2.9) berbanding keluarga kulit putih (bawah 2). Lama-kelamaan jumlah imigran muslim bukan berkulit putih ini akan menjadi lebih ramai dr penduduk kulit putih di negara mereka sendiri.

12. Pendek kata, mereka takut suatu hari nanti golongan imigran muslim ini akan menjadi majoriti di negara mereka manakala kaum mereka pula akan menjadi kaum minoriti di negara mereka sendiri. Mereka takut bangsa kulit putih hilang kuasa, budaya dan warisan di negara mereka sendiri dan dunia amnya. Mereka takut kaum mereka akan hilang identiti dan digantikan dgn kaum lain. Malah dianggarkan populasi umat Islam di dunia akan melepasi populasi penganut agama Kristian dlm 20-30 thn lagi. Itulah yg dimaksudkan “The Great Replacement” yg mereka sangat takutkan.

13. Jadi apa yg lelaki bernama Brenton Tarrant ini buat utk mengatasi ketakutan mereka? Dia lakukan pembunuhan beramai-ramai dgn kejam terhadap imigran muslim di negara kulit putih. Dan kalau dilihat di forum 8chan dan media sosial, tindakannya disokong oleh para pendokong “white supremacy” ini malah diangkat sbg wira.

14. Dari apa yg aku baca juga, penyerang ini tidak bencikan orang muslim yg tinggal di negara mereka sendiri. Dia benci pd orang muslim yg datang dan tinggal di negara kulit putih kerana bgnya imigran muslim ini akan menceroboh dan mengambil alih tanah mereka. Dan yg paling dia benci adalah orang dr kaumnya sendiri yg memeluk agama Islam kerana bgnya dia adalah pengkhianat yg membelakangkan bangsa, warisan, budaya dan tradisinya sendiri.

15. Bg aku, penyerang tersebut bukan sahaja seorang pengganas yg jahat dan zalim, malah dia hanyalah seorang “loser” yg menyelesaikan kegagalannya dgn menghukum orang lain. Pd mulanya ia hanya bermula rasa cemburu, bimbang, takut, Islamofobia, taksub dan fanatik, sedikit demi sedikit menghakis sifat rasional dan perikemanusiaan sehingga akhirnya hilang pertimbangan dan kewarasan lalu menjadi seorang ektrimis yg psiko.

16. Golongan “white supremacy” ini mereka dah tahu masalah mereka adalah kadar kelahiran yg rendah, tapi mereka bukan nak perbaiki dan meningkatkan kadar kelahiran mereka, sebaliknya pergi bantai bangsa lain yg mempunyai kadar kelahiran yg tinggi. Ibarat disebabkan kau dpt nombor belakang dlm kelas, bukannya kau nak belajar utk dpt nombor depan, sebaliknya kau bunuh budak yg dpt nombor depan supaya kurang halangan utk kau dpt nombor depan.

17. Itulah hidup sibuk sangat dgn kemodenan, hiburan, keseronokan dunia, tak mahu komitmen, tak nak buat anak, nak jadi pula LGBT berhubungan sesama jenis, tak mahu ada anak ramai. Lps tu bila anak orang lain ramai, salahkan orang lain, lps tu bunuh pula sebab takut dgn bayang-bayang sendiri. Bangang!

18. Aku harap pengganas bangsat ini akan dihukum sekeras-kerasnya. Ini bukan sekadar kes pembunuhan biasa-biasa, tetapi pembantaian bangsa, penghapusan etnik, genocide, massacre. Dirakam pula secara langsung utk tontonan dunia. Lelaki ini adalah contoh sebangsat-bangsat manusia zaman sekarang.

19. Aku harap juga semua muslim yg berada di negara lain terutama negara majoriti kulit putih agar lebih berhati-hati dan berwaspada. Kalau dpt pulang ke negara asal, pulanglah. Dan kalau ada yg bercadang nak melancong ke luar negara, elakkan pergi ke negara kulit putih.

20. Aku takut ini hanya permulaan. Aku bimbang peristiwa ini menjadi pencetus kepada serangan seterusnya. Seorang jatuh, akan muncul lebih ramai eksterimis “white supremacist”. Manusia mati, tetapi idea dan ideologi yg dibawa sama ada baik atau buruk tidak akan mati dan akan terus diwarisi orang lain.

Trivia:

1. Di dlm rakaman video itu, lelaki itu menyebut “Subscribe to PewDiePie” (seorang Youtuber paling popular dr Sweden) sebelum melepaskan tembakan, menyebabkan Youtuber tersebut diserang netizen di media sosial walaupun beliau sudah berkata dia tiada kaitan langsung dgn insiden tersebut.

2. Ini adalah satu bentuk “diversion” atau lencongan kesalahan supaya orang menyalahkan orang lain atas suatu kesalahan yg orang lain lakukan.

3. Seperti contoh bila ada orang nak bunuh orang dia jerit nama Allah, terus ramai orang bukan Islam akan salahkan Allah dan agama Islam; atau bila ada orang nak pukul orang dia jerit “Hidup Najib!” atau “Hidup Tun M!”, terus ramai orang tak pasal-pasal akan kecam Najib atau Tun M akan perbuatan orang itu.

4. Begitulah mudahnya nak lencongkan kesalahan pd orang lain. Bila nak buat jahat, sebut nama orang lain. Malangnya, ramai juga orang yg begitu mudah terpengaruh dan terpedaya dgn taktik “diversion” itu lalu turut menghalakan kemarahan pd orang yg salah dan tiada kaitan.

Loading...

Tags: ##ChristChurch #Berdarah #Masjid #Membongkar #Tragedi #ZEALAND

author
Author: 
    Ulasan Filem: The Unicorn Store (2019)
    Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Brie Larson Pelakon | Brie Larson, Samuel
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk
    Puasa Pasaran Jawa
    Puasa pasaran jawa hari, puasa pasaran jawa bln, puasa pasaran jawa online, puasa
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10
    Drama Pia Episod 8 – Episod 10 : Drama terbaru ganti drama Cinta Non

    Leave a reply "Membongkar Tragedi Berdarah Di Masjid Christchurch, New Zealand."