MELAMBATKAN SEMBAHYANG

MELAMBATKAN SEMBAHYANG DENGAN SENGHAJA
DAN TINDAKAN WAJAR.

Soal :

Melambatkan solat dgn senghaja. Apakah hukumnya jika seseorang ketua senghaja tidak memberi peluang masa bg menyelesaikan sembahyang wajib mereka sebelum aktiviti sosial dijalankan bahkan aktiviti sosial itu blh dilambatkan utk masa bersembahyang. Aktiviti sosial itu tidak termasuk dlm golongan aktiviti yg dianggap tugas.
MENGELUARKAN SEMBAHYANG DARI WAKTUNYA.
(1)   Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dlm Az-Zawajir bahawa dosa besar yg ketujuh puluh tujuh 77 ialah senghaja mengeluarkan sembahyang dr waktunya itu:

(2)     Dalil dr Al-Qur’an :
1.         Firman Allah Ta‘ala dlm Surah Maryam ayat 59.
y#n=sƒmú .`ÏB öNÏdÏ÷èt/ ì#ù=yz (#qãã$ |Êr& no4qn=¢Á9$ # (#qãèt7¨?$ #ur ÏNºuqpk¤9$ #

Tafsirnya:  Maka lps nabi-nabi ‘Alaihimussalam itu pergi dan mati, maka datang satu jema‘ah dan kumpulan kemudian drpada mereka yg meninggalkan sembahyang seperti orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani yg meninggalkan sembahyang yg ada pd agama mereka yg diajarkan oleh nabi-nabi mereka supaya sembahyang, dan mereka membuat berbagai-bagai dosa dan maksiat dan kejahatan mengikut hawa nafsu mereka.
2.         Firman Allah Ta‘ala:
$ pkšr¯»tƒtûïÏ%©!$ #(#qãZtB#uäŸwö/ä3Îgù=è?öNä3ä9ºuqøBr&IwuröNà2ß»s9÷rr&`tã̍ò2ÏŒ«!$ #4`tBurö@yèøÿtƒy7Ï9ºsŒy7Í´¯»s9résùãNèdtbrçŽÅ£»yø9$ #

Surah Al-Munafiqun ayat 9.
Tafsirnya: Hai mereka yg beriman, jangan melalaikan sembahyang lima waktu oleh harta kamu dgn sebab kamu mengusahakan harta kamu dgn berniaga, dan berusaha atau dgn sebab anak-anak kamu, maka barangsiapa berbuat begitu maka dia ada dlm golongan orang yg rugi.
3.         فَوَيلٌ لِلمُصَلِّينَ ، الَّذِينَ هُم عَن صَلاَتِهِم سَاهُونَ

Surah Al-Ma‘ûn ayat 4-5.
Tafsirny: Maka Neraka Wail bg orang-orang yg sembahyang yg mereka lalai mereka sembahyang di luar waktu.
(2)   Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  dalam perkara senghaja mengeluarkan sembahyang di luarnya atau sembahyang di luar waktu.

1.                 Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  :
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبدُ يَومَ القِيَامَةِ مِن عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإِن صَلَحَتْ فَقَدْ أَفلَحَ وَأَنجَحَ ، وَاِن نَقَصَتْ فَقَد خَابَ وَخَسِرَ .
Ertinya: Mula perkara yg dikira hamba Allah pd Hari Kiamat akan amalnya  ialah sembahyang kurang (seperti di luar waktu) maka dia telah hampa dan rugi.

2.                 Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dgn sanad bagus dan At-Thabarani dan Ibnu Hibban dlm Shahîhnya bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  telah bercakap dlm perkara sembahyang pd suatu hari maka Bgnda bersabda :
مَن حَافَظَ عَلَيهَا ، كَأَنَّكَ لَهُ نُورًا وَ بُرهَانًا وَ نَجَاةً يَوْمَ الِقيَامَةِ ، وَمَن لَم يُحَافِظ عَلَيهَا لمَ يَكُن لَهُ نُورَ وَلاَ بُرهَانَ وَلاَ نَجَاةً يَومَ القِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرعَونَ وَهَامَانَ وَأُبَِىّ بن خَلَف.
Ertinya: Barangsiapa memelihara sembahyang dgn tiada melewatkan dr waktunya dan sbgnya, maka melihat itu menjadi cahaya bgnya , menjadi berjaya dan hujah bgnya dan menjadi sebab selamat dan sejahtera ia pd Hari Kiamat, dan barangsiapa tiada memelihara sembahyang, maka tiadalah bgnya cahaya dan hujah dan selamat pd Hari Kiamat, dan dia ditempatkan bersama-sama hartawan Qarun, raja Firaun, menteri Haman dan peniaga Ubaiy bin Khalaf bangsa Quraisy, yakni mereka ahli Neraka dan kepala ahli Neraka.

Ini setengah ayat-ayat Qur’an dan hadis yg memberi amaran pd melewatkan sembahyang dr waktunya.
(3) Menahan orang dr membuat sembahyang, adalah perbuatan salah dan melampau dan aniaya dan zalim, akibat orang zalim buruk pdhnya kerana doa orang yg kena zalim itu mudah dan lekas dikabulkan Allah Ta‘ala dan akibat bala itu akan menimpa kepala orang yg berbuat zalim itu.
(4) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan sahabat waktu berperang telah sembahyang lima waktu dan tiada meninggalkan sembahyang lima waktu, maka sembahyang dlm peperangan, sembahyang dlm masa huru-hara dan sbgnya itu telah disebutkan di dlm kitab-kitab Fiqeh, mereka namakan sembahyang dlm ketakutan shalatul Khauf, blh sembahyang dlm masa bertugas dan bergilir-gilir, blh sembahyang dlm masa menembak dan berjuang, blh sembahyang dgn pakaian  askar dan dgn pakai sepatu, blh mengambil air sembahyang dgn menyapu air sembahyang di atas dua sepatu yg tebal ganti membasuh dua tapak kaki mengikut syarat-syaratnya, blh sembahyang dlm kereta perisai dlm kapal terbang, kiranya tiada dpt sujud blh isyarat dgn sujud itu. Sila lihat dlm Babus Shalatul Khauf  (Sembahyang masa ketakutan).

(5) Kata ulama sembahyang tiadalah dpt dicuai-cuaikan selagi ada akal pd orang mukallaf  itu.
(6) Ada beberapa kemudahan diberi Allah Ta‘ala kepada askar-askar yg bertugas dan kemudahan-kemudahan itu blh disesuaikan di mana-mana masa dan tempat dan keadaan sayugialah diambil perhatian perkara sembahyang dlm ketakutan dan jamâ‘sembahyang dlm masa sakit dan masa pelayaran, menyapu di atas sepatu Khuff  iaitu kemudahan kepada mereka yg terpaksa  mengharung kesusahan dan wajib pd menyempurnakan sembahyang.
(7) Kemenangan-kemenangan dan pertolongan-pertolongan Allah Ta‘ala diberi kepada hamba-hambaNya bila mereka taat kepada Allah dlm masa yg sukar-sukar dan genting sbgmana Allah Ta‘ala kurniakan kepada nabi dan sahabat dlm peperangan Badar yg berlaku pd bln Ramadhan, dan kepada Indonesia yg menang di atas penjajah pd bln Ramadhan, dan tentera Palestin menang di atas Israel pd bln Ramadhan, bln lapar tapi ia bln rahmat dan kebahagiaan bg umat Islam. Sila rebut kemudahan-kemudahan Allah Ta‘ala yg diberi kepada askar menerusi sembahyang ketakutan dan menerusi najis yg dimaafkan yg tiada dpt dielakkan, dan menerusi menyapu sepatu khuff  dan menerusi isyarat sujud kiranya tiada dpt sujud dlm keadaan mendesak dan kesusahan bila lihat kitab-kitab Fiqeh . والله أعلم  .

(8) Jawapan ini mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jama‘ah dan mengikut dan bersetuju dgn mazhab yg empat .
والله أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei

Loading...

Tags: #MELAMBATKAN #Sembahyang

author
Author: 
    Early Reading Materials (Part 4)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti
    Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
    SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat
    10 Hari Dipenjara, Wajah Lucinta Luna Tumbuh Kumis dan Jenggot? Ngutang dan Minta Mukenah!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna kini harus merasakan dinginnya tembok penjara selama

    Leave a reply "MELAMBATKAN SEMBAHYANG"