Mekanisme baharu ganti skim pencen perkhidmatan awam

Loading...

AB036F3A 3BE0 4D5B 9897 1516268F77F5 - Mekanisme baharu ganti skim pencen perkhidmatan awam

PUTRAJAYA: Mekanisme baharu yg akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dijangka dilaksanakan thn depan membabitkan lantikan baharu dlm sektor itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata inisiatif yg disasarkan dpt mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun itu bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

Katanya, kaedah mengurangkan bebanan pencen bg kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dlm skala besar.

“Contohnya, seperti tentera ketika ini yg mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yg mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

“Jadi, lantikan baharu ke dlm perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dgn gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dlm pekerjaan.

“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yg akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin blh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

“Jadi, akhirnya kita lihat utk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 di sini, hari ini.

Tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yg dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pd masa hadapan.

Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dpt dikekalkan dlm jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yg ditanggung kerajaan.

Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta utk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yg diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yg meningkat saban thn sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dgn perkara ini.

“Jika blh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yg dipilih,” katanya.

Dalam pd itu, menjawab mengenai sama ada relevan utk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.

Loading...

Tags: #Awam #Baharu #GANTI #Mekanisme #PENCEN #Perkhidmatan #Skim

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Comments are closed.