MEE KETAM

MEE KETAM,5 / 5 ( 1votes )
Loading...

Assalamualaikum,

Minggu ini memang saya akan review secara ringkas resipi-resipi dr buku Menu Hari-Hari dan petang ini resipi yg terpilih adalah Mee Ketam. Hmm sedapnya mee ketam utk hidangan dipetang atau malam hari. Apalagi kalau gunakan ketam yg segar, pasti kuahnya lebih manis dan sedap. 

Silalah cuba resipi dibawah ini dan jangan lupa dapatkan buku Menu Hari-Hari yg mengandungi 100 jenis resipi di kedai-kedai buku terpilih seperti Popular Bookstore, MPH, Kinokuniya (sekadar menyebut beberapa nama). Utk pembelian secara online blh click link dibawah ini. 

MEEBKUAHBKETAMB - MEE KETAM
MEE KETAM 
500gm mee kuning – dicelur dan tuskan 
2 ekor ketam – rebus dgn 4 cawan air
4 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar sos cili 
1 pokok sayur sawi – dipotong dan celur sebentar 
1 cawan tauge –dicelur sebentar 

1 biji telur rebus – dibelah 2
2 sudu besar minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering 
½ inci halia
3 keping biskut marie – untuk pekatkan kuah 

Cara membuat :

1. Kuah : Rebus ketam sehingga masak dan angkat dr air rebusan.

2. Tumis cili kisar sehingga garingdan masukkan bahan kisar. Kacau sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan ketam dan biarkan kuah mendidih. Jika inginkan kuah lebih blh tambahkan air lagi.


4. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa dan renihkan kuah sehingga benar-benar sebati dan masak sepenuhnya.

5. Utk menghidangkannya : Bubuh mee, tauge sawi dan telur rebus kedalam mangkuk. Tuang kuah keatasnya dan hidangkan bersama ketam. 

MeeBKetam - MEE KETAM

Bagi pembaca blog yg ingin memiliki buku resipi menu hari-hari blhlah dapatkan di kedai buku terpilih ataupun pembelian secara online di link ini: Karangkraf / bookjannah.com /malaysia.kinokuniya.com / mphonline.com . Sungguh mudah, semua urusan dihujung jari anda.

BukuB2 - MEE KETAM
Dapatkan sekarang dipasaran!
Loading...

Tags: #KETAM

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "MEE KETAM"