Mee Kari sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
meeBkari - Mee Kari sedap


Teringin nak mkn mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami.

Mee Kari 
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) :
1 bungkus mee kuning (dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
Daun sup/daun bawang dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Telur rebus
1 mangkuk tauge dicelur
1 pokok sawi dicelur
Bawang goreng (tiada dlm gambar)
Cili merah/cili hijau dihiris nipis

Bahan Kuah :
1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam)
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap)
1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap)
1 cawan isi kerang rebus
1 keping asam keping
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air (anggaran 1/4 cawan)

Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak
Bunga lawang, kayu manis, cengkih, pelaga
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 batang serai diketuk

Cara penyediaan kuah :
1. Satukan rempah kari dan cili serbuk bersama bahan kisar dan gaul sebati menjadi pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga harum. Masukkan bahan pes dan sentiasa dikacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam bersama air. Masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan kiub pati ayam, fishball, fishcake, asam keping dan kerang serta garam secukup rasa. Masukkan santan. Biarkan didih dlm api sederhana. Matikan api.

Cara hidang :
Masukkan mee ke dlm mangkuk. Letakkan bahan sayur dan bahan lain. Sendukkan kuah ke atasnya. Sedia dihidang.

Loading...

Tags: #Kari #Sedap

author
Author: 
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kuih Bingka Ambon (Ambon Honeycomb Cake; Kue Bika Ambon; 黄金糕) **
    【Recipe】http://kitchentigress.blogspot.sg/2012/09/kuih-bingka-ambon-video.html Bika Ambon is a cake from, not Ambon, but Medan. Aka kuih
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan

    Leave a reply "Mee Kari sedap"