Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

IMG 3801 1 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Sejak pagi saya seperti bersedih, airmata seperti mahu bergenang tanpa sebab. Mungkin orang sakit seperti saya, sangat sensitif. Mudah terasa hati atas perkara kecil sekali pun. Saya yg memang tengah “down” rasa sangat gembira bila dapat tahu kakak saya Cikgu Asiah datang dr Kelantan utk melawat saya bersama anak anak dan menantu. 

Dengan kehadiran mereka, terasalah sangat gembira walaupun tidak lama. Macam macam yg sempat dibualkan. Jadi bila dapat tahu mereka akan datang, saya simpan sedikit utk dihidangkan buat mereka. 

Saya menyediakan sendiri mee hoon hari ini. Tiba tiba terasa mahu mkn mee hoon sedap yg sesuai dgn selera, kenalah memasak sendiri. Memasak sambil duduk di bangku tinggi sahaja. Saya cuma mengacau ngacau di kuali. Menyediakan bahan dan mahu mengambil itu ini, dibantu oleh pengasuh Ammar. Saya memang tidak blh berdiri. Masih terasa sakit dan seperti kebas bila banyak bergerak. Tapi saya perlu juga bergerak utk menguatkan otot. 

IMG 3803 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Mee hoon goreng yg simple sahaja kerana saya memang sengaja tidak mahu memasukkan pelbagai perencah. Pd saya, inilah mee hoon yg benar benar menepati selera saya. Mee hoon ala ala kampung sahaja yg simple tapi terasa kesedapannya. Bahan perasa hanya garam sahaja. 

Siapa kata susah utk menyediakan mee hoon yg sedap? Tak susah dan tidak memerlukan bahan yg banyak atau rencah yg mahal mahal pun. Tapi hakikatnya cukup susah utk bertemu dgn mee hoon goreng yg sedap yg dijual terutama semasa sarapan pagi. 

Setiap pagi saya menghadapi dilema utk bersarapan pd hari hari bekerja. Jika tidak mahu mkn nasi lemak, pilihan lain ialah mee hoon. Tapi mee hoon seperti tiada rasa atau adakala mee hoon terasa bahan perisa segera. Adui sehingga satu hari saya memberi feedback pd adik yg bekerja di situ. Saya memberitahu mee hoon tidak sedap dan tidak kena rasanya. Saya kongsikan sedikit cara utk menyediakan mee hoon yg sedap dgn menggunakan bahan bahan biasa. 

Jom layan resepi yg saya gunakan di bawah ini. Anda harus mencubanya utk mengetahui bagaimana rasa dan keenakannya mee hoon yg menggunakan bahan biasa biasa yg tersedia di dapur kita. Selamat mencuba…
IMG 3798 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Mee Hoon Goreng Mudah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee hoon rice vermicille Jati
1/2 mangkuk karot yg dihiris
3 biji telur
Sejemput ikan bilis – tumbuk kasar
2 sudu besar cili kering kisar

Bahan kisar:
3-4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
Daun bawang
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Blh tambah minyak ketika menumis, jika ianya kelihatan seperti tidak cukup. 

Masukkan cili kering kisar dan ikan bilis yg ditumbuk. Tumis dgn api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak seperti gambar di bawah. 
IMG 3790 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Setelah sambal masak dan terbit minyak, masukkan karot. Kacau seketika dan tolak ke tepi kuali. 
IMG 3791 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Tuangkan telur dan biarkan seketika sehingga telur hampir mengeras, baru dikacau supaya telur akan berketul kasar. Saya tidak suka telur yg terlalu hancur. 
IMG 3792 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

IMG 3793 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Masukkan mee hoon yg telah direndam. Saya rendam semalaman dgn air sejuk sahaja. 
IMG 3794 - Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Masukkan garam secukupnya dan kacau rata sehingga mee hoon kelihatan terbit minyak dan berkilat . Sesuaikan rasa. 

Tabur daun bawang dan hirisan cili. Jika suka, blh tabur bawang goreng. Sedia utk dihidangkan. 


Carian Berkaitan

cara membuat mee goreng yg enak dan mudah

Loading...

Tags: #GORENG #Hoon #Mudah #Sedap

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap"