Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.  Me Famiglia korang pernah dengar tak nama restoran ini. Ini adalah restoran masakan Itali yg terletak kat Kepong. Maha pun tak tahu sangat pasal restoran ini sehinggalah datang sendiri mkn kat sini dan menikmati semua hidangan special mereka. Restoran ini tak silap Maha dah beroperasi lebih dr 10 thn dahulunya dikenali nama lain dan telah bertukar tiga kali nama restoran ini.
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 13 1 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

Restoran ni susah juga nak cari kat area kawasan yg agak tersorok sikit dan juga parking agak terhad kerana kawasan ini pdt. Tapi bila korang dah masuk dlm restoran ini akan rasa selesa dan lega utk nikmati mknan yg disajikan. Dekorasi dlm restoran juga simple menampilkan gaya restoran Itali lama dgn dikelilingi hiasan frame gambar yg klasik.
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 2 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 5 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 4 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Biasa kalau mkn kat restoran Itali ni ada caranya kena mula dgn Starters iaitu popular dgn supnya. Kat sini selalu mereka akan berikan Soup of the Day yg ni korang kena tanya kepada pelayan mereka soup apa yg disediakan. Masa Maha datang hari tu mereka ada berikan Soup Kentang. Tapi korang blh juga order soup popular lain seperti Soup Al-Fungho iaitu sup Cendawan Butang dan Cendawan Tiram
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 7 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Soup of the Day – Soup Kentang (RM5.50)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 6 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Soup Al-Fungho (RM5.50)
Sambil hirup sup itu kena mkn sekali dgn Bruschetta, ada tiga pilihan topping di atasnya yg Maha ambil hari tu namanya Pomodoro. Ia adalah potongan roti dipenuhkan di atasnya dgn potongan dadu tomato segar, buah zaitun hitam, bawang putih dan titisan minyak zaitun. Roti tu dibakar dgn mentega diatasnya bila mkn dpt rasa rangup diselangi dgn kesegaran sayur tadi. 
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 9 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Bruschetta – Pomodoro (RM7.90)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 14 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Tu baru starter dah rasa kenyangkan tapi korang kena order juga menu kegemaran ramai pelanggan mereka di sini iaitu Linguine D’Mare. Ini adalah masakan pasta bersama dgn campuran mknan laut segar seperti oyster, udang dan juga sotong. Kemudian dilimpahi dgn sos bawang putih yg istimewa. Korang kena mkn ini waktu ia masih panas kerana dpt rasa lembut pasta dan kuah yg pekat. Maha blh habis mkn seorang satu pinggan ini memang sangat mengujakan. 

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 8 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Linguine D’Mare (RM26.90)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 15 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Lain tu juga, korang kena cuba menu datang dgn saiz sangat besar bg Maha iaitu Baked Lamb Shank. Maha sempat bertanya kepada pekerja situ yg Lamb Shank ini dimasak selama lebih kurang 8 jam sebelum ia blh dihidangkan. Sebab itu bila korang koyak daging tu sangat lembut dan hancur dlm mulut. Kemudian dilimpahi dgn homemade vegetable sauce yg sangat byk. Juga terdapat sekali Penne Pasta dan juga Salad disamping mknan ini. Lengkap lah satu set mkn sangat puas hati. 
  
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 10 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Baked Lamb Shank (RM32.90)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 18a - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Kalau datang restoran Itali tak mkn piza tidak sah kerana itu adalah masakan utama mereka. Kali ini Maha pilih Varieta Pizza iaitu piza dgn empat rasa yg berbeza dlm satu piza. Topping dipenuhi dgn turkey hams, chicken salami, beef bacon, beef pepperoni dan taburan cair Mozzarella cheese di atasnya. Best kena mkn masa piza masih berasap dikeluarkan dr ketuhar. Kenyang gilerr lah mkn piza ini.
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 11 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Varieta Pizza (RM30.50)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 17 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Akhir sekali kat sini korang wajib kena cuba mereka punya pencuci mulut yg sangat menjadi kegemaran ramai orang. Korang kena cuba Tiramisu special mereka ini. Ini kerena ia adalah resipi istimewa yg tiada kat tempat lain dan campuran bahan lain. Memang original rasa tiramisu. Kata mereka tiramisu ini memang selalu sold out setiap hari dan mendapat tempahan ramai. Jadi wajib kena cuba ok.
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 12 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Tiramisu (RM9.90)

Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 16 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
So bg Maha semua mknan kat sini memenuhi selera kita rakyat Malaysia walaupun bukan lidah Itali. Harga juga sangat berpatutan dgn kuantiti mereka. Sekarang ini pula mereka tengah mengadakan promosi utk set mkn tengah hari hanya RM10.90 sahaja. Dgn harga tu korang blh dpt satu soup of the day, mknan utama dan juga minuman. Bg Maha ia sangat berbaloi dan menguntungkan kalau mkn tengah hari kat sini jimat. 
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong 1 - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Me Famiglia Italian Restaurant Kepong - Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia
Restoran Me Famiglia ini buka setiap hari kecuali hari Selasa ia tutup. Ada dua sesi restoran ini dibuka iaitu dr pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang utk mkn tengah hari dan juga dr pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Korang kena datang waktu ini sahaja tau baru mereka serve mknan kat korang hehehe. Nanti kalau korang dah mkn kat sini tinggal komen tentang menu mereka ok. Nak juga dengar pendapat korang sendiri betul sedap atau lidah Maha jer yg rasa lain hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok. 
Korang blh buat tempahan dan melihat pomosi di sini : 
Facebook : https://www.facebook.com/mefamiglia
instagram : https://www.instagram.com/mefamiglia
Alamat : Me Famiglia Restaurant 
               C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, 
               Kepong Kuala Lumpur
Tel : 03-6258 8442
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5
       

Loading...

Tags: #Citarasa #Famiglia #Itali #Lidah #Malaysia #Membawa #Rakyat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Me Famiglia Membawa Citarasa Itali Ke Lidah Rakyat Malaysia"