Matcha VS Teh Hijau,Ini Perbezaan.

matcha green tea 1 - Matcha VS Teh Hijau,Ini Perbezaan.

Ehh..!  Matcha dgn Green Tea mempunyai rasa serta warna hampir sama dan dihasilkan  dr tumbuhan yg sama itu pokok Camellia Sinesis. Tetapi kenapa kedua-duanya berbeza?  Ia adalah kerana Matcha dan Green Tea dihasilkan melalui proses yg berlainan dan hasil produk yg berbeza.  Berikut info yg RASA kongsikan perzaaan yg membezakan dua produk ini:-

gt - Matcha VS Teh Hijau,Ini Perbezaan.

Secara Fizikal:

Kedua-duanya dihasilkan dr tumbuhan yg sama, tapi hasil selepas diproses menjadikan Matcha dan Green Tea berbeza. Matcha adalah serbuk halus, utk membuat Matcha daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dlm masa yg singkat supaya warna hijau daun tidak pudar. Kemudian ia dikisar menjadi serbuk halus. Sedangkan Green Tea secara mata kasar masih nampak kepingan halus daun teh yg dikeringkan. Sama seperti serbuk biasa yg ada dijual di pasaran.

matcha2 - Matcha VS Teh Hijau,Ini Perbezaan.

Rasa  dan Warna:

Matcha dan Green Tea, kedua-duanya mempunyai rasa yg tersendiri apabila dibancuh dgn air panas. Namun Matcha cenderung lebih creamy tekstur dan rasanya hampir sama dgn rumpai laut dan blh dilihat dgn warna hijau segar dan tidak ada aftertaste seperti pahit atau maung selepas meminumnya.  Green Te pula, selepas dibancuh, ia lebih jernih sedikit hijau kekuningan . Sebaik menikmatinya, anda akan mendapatkan sensasi rasa segar yg ringan. Dan selepas meminumnya, anda akan merasa aftertaste yg sedikit kelat dan pahit.

Cara Pengambilan:
Matcha  blh diambil dgn pelbagai cara berbanding Green Tea.  Sbg minuman Matcha blh dibancuh dgn air panas utk dijadikan latte atau dicampur bersama susu  dan utk mknan, Matcha blh dicampur ke dlm adunan kuih, puding dan juga aiskrim. Sedangkan Green Tea hanya sesuai dinikmati sbg minuman sahaja.  Ia mesti dibancuh dgn air panas, kemudian dibiarkan teh larut sehingga 3-4 minit sebelum ditapis dan dituang ke dlm cawan.  Utk menikmati rasa secara maksimun, ambilnya tanpa gula, madu atau pemanis lainnya.

Dah tahu perbezaannnya, terpulang pd anda utk lebih cenderung mengambil Matcha atau Green Tea. Namun kedua-duanya kaya dgn antioksidan yg tinggi.

Komen anda

Loading...

Tags: #HijauIni #Matcha #Perbezaan

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Matcha VS Teh Hijau,Ini Perbezaan."