Mata pelajaran Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula di sekolah

58599073 1928194980618978 1625813827851386880 o 1 - Mata pelajaran Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula di sekolah

PONTIAN – Mata pelajaran Sains Pertanian akan diperkenalkan semula di sekolah dlm masa terdekat.

Ini berikutan Kementerian Pendidikan melalui Menterinya Dr Maszlee Malik dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara dasarnya telah bersetuju akan usaha tersebut selepas dibincang dlm mesyuarat kabinet lps.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata proses selanjutnya akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua Ketua Setiausaha kementerian (KSU) masing-masing, secepat mungkin.

“Sekarang ini memang ada sekolah-sekolah yg masih mengekalkan aktiviti pertanian tetapi subjek (Sains Pertanian) saya tak pasti. Tapi dulu, ketika thn 1970, 80an sains pertanian ini satu subjek pilihan utk lulus peperiksaan.

“Ia sangat berkesan tetapi sekarang utk menjadikannya sbg pilihan ataupun sebaliknya, nanti kita fikirkan kemudian. Yg penting, pengetahuan mengenainya diajar kepada pelajar di peringkat awal, kalau blh di peringkat sekolah rendah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program “MYGREENTEAM”, projek kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) dan Kementerian Pendidikan di sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi LLP, Datuk Mazlan Aliman; Ketua Pengarah LLP Azulita Salim; dan wakil Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yusman Jamsir. – Bernama

Loading...

Tags: #bakal #Diperkenalkan #Mata #pelajaran #PERTANIAN #SAINS #Sekolah #Semula

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Comments are closed.