Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki

2BC03B0D EB96 4203 BC24 F65637B1E857 - Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus mengembalikan tugas hakiki mereka iaitu mendidik anak-anak bangsa.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan memastikan bahawa sehingga hujung thn ini para guru hanya memfokuskan kepada tugas hakiki iaitu bukan sahaja mendidik, malah berusaha membina nilai-nilai kemanusiaan.

Beliau berkata dlm amanat kementerian pd 14 Jan lps, pihaknya telah melakar pelan utk meringankan tugas guru dgn harapan agar para guru blh kembali kepada tugas hakiki mereka iaitu mendidik.

“Bukan sekadar mereka terlibat dgn proses pengajaran dan pembelajaran di dlm kelas semata-mata tetapi juga mereka menanamkan nilai, membina karakter dan nilai-nilai kemanusiaan di dlm jiwa anak-anak kita.

“Itu antara komitmen kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa ‘Terima Kasih Cikgu’ sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019, di sini malam tadi.

Beliau berkata amanat itu sedang berjalan di peringkat sekolah dan mendapat maklum balas positif.

“Cuma mungkin ada beberapa tempat yg belum sampai, masih terpencil tetapi kita cuba pastikan bahawa sehingga hujung thn ini semua guru-guru sudah kembali menjalankan tugas mereka yg hakiki iaitu mendidik anak-anak bangsa kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis pelancaran malam tadi, Maszlee berkata tanda pagar, #TerimaKasihCikgu, akan dijadikan slogan sempena sambutan Hari Guru pd thn ini sbg tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru.

“Program malam ini merupakan pra pelancaran kepada sambutan Hari Guru 2019. Program malam ini juga amat bermakna kerana ia diusahakan oleh persatuan ibu bapa dan komuniti. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah milik semua dan tanggungjawab semua,” katanya.

“Kita melihat bahawa ini merupakan satu petanda bahawa pendidikan kita berada di atas landasan yg betul dan ini memberikan harapan bahawa cerahnya masa depan pendidikan kita utk membangunkan rakyat dan negara,” tambahnya.

– BERNAMA

Loading...

Tags: #beban #fokus #Guru #hakiki #komitmen #kurangkan #Maszlee #Tugas #ulangi

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki"