Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda

7051CA4C 73D1 4058 ACD6 CC37EFECC8CB - Maszlee pertahan keputusan KPM tidak benar edar komik propaganda

PONTIAN: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan keputusan kementeriannya tidak membenarkan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ke mana-mana institusi pendidikan di seluruh negara selepas didakwa mengandungi unsur propaganda politik.

Dr Maszlee menegaskan tindakan itu adalah bersandarkan kepada undang-undang, malah keputusan berkenaan juga dibuat atas nasihat Kementerian Dlm Negeri (KDN).

“Negara kita memiliki undang-undang yg perlu dihormati dan dipatuhi. Ini merangkumi semua bahan bercetak, termasuk buku atau komik politik mahupun bahan propaganda yg jika mahu diedarkan, apatah lagi ke sekolah, ia perlu mengikut peraturan.

“Semua bahan bercetak tertakluk pd undang-undang percetakan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

Kita bertindak atas landasan undang-undang. Dlm apa saja tindakan dibuat, kita perlu merujuk kepada KDN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Harapan Pontian, Zulkifly Tasreep dan Pengetua SMK Teluk Kerang, Azizah Omar.

Semalam, seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman Dr Maszlee yg melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ sudah memberi keterangan di Bukit Aman bg membantu siasatan.

Malah, Menteri Dlm Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan KDN mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan utk pengedaran buku komik berkenaan kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.

Menurut kenyataan sama, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah diarah memastikan sekolah tidak menerima dan mengedarkan buku komik drpada mana-mana pihak atau pembekal.

Komik itu diterbitkan pd April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.


Loading...

Tags: #benar #edar #Keputusan #komik #Maszlee #pertahan #Propaganda #tidak

author
Author: 
    Lewat Khirani, Bambang Trihatmodjo Diancam Bakal Dibunuh: Bambang Harus Tinggalkan Mayang!
    slidegossip.com – Putri kesayangan pasangan Mayangsari dan Bambang Trihatmodjo, Khirani Trihatmodjo mengungkapkan bahwa
    Indonesia Terburuk Dlm Pengetesan Corona, Setara Ethiopia dan Nigeria! Separah Itukah?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan terkait pengujian atau tes virus corona di Indonesia kembali
    Suruh Orang di Rumah, Atlet Tampan Ini Malah Pesta Seks Saat Isolasi! Begini Akibatnya!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, bek Manchester City, Kyle Walker sempat mengingatkan dan
    Nekat Berpose Vulgar, Anya Geraldine ‘Disentil’ Baim Wong! Netizen: Akhir Zaman, Gak Malu!
    slidegossip.com – Selebgram cantik yg kini mulai terjun ke dunia akting, Anya Geraldine

    Comments are closed.