Maszlee perjelas isu pemansuhan audit SKPMg2

085B209B CBEE 4B9D 9313 EAAC325191B8 - Maszlee perjelas isu pemansuhan audit SKPMg2

Saya telah menerima byk aduan dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Sehubungan itu, saya ingin menjawab beberapa persoalan yg ditimbulkan seperti berikut:

1. Adakah pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 telah dimansuhkan?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Siaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) bertarikh 31 Disember 2018 telah menjelaskan bahawa pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 sbg alat pengurusan sekolah berjalan seperti biasa.

Instrumen penilaian kendiri sekolah ini merupakan panduan pengoperasian sekolah bg membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah ke arah kemenjadian murid secara menyeluruh.

2. Jadi apa yg dimansuhkan KPM berkaitan PKS berasaskan SKPMg2 ini?

Pengumuman saya pd 7 Jun 2018 adalah hanya memberhentikan Audit PKS berasaskan SKPMg2.

Pemberhentian Audit ini dilaksanakan kerana kurang pemahaman dan berlaku kekeliruan terhadap tujuan Audit berkenaan.

3. Apakah langkah berikutnya yg akan dilaksanakan oleh KPM berkaitan isu SKPMg2 ini?

Mulai 3 Mac 2019, sesi bimbingan SKPMg2 diteruskan dlm bentuk Klinik SKPMg2 di mana ia merupakan bimbingan bersemuka pihak Jemaah Nazir bersama-sama dgn pihak sekolah.

Tujuan Klinik ini dilaksanakan adalah utk memberi kefahaman kepada pihak sekolah berkaitan penggunaan SKPMg2. Semua sekolah yg berhasrat utk mendapatkan bimbingan blh membuat temujanji dgn mana-mana pejabat Jemaah Nazir Negeri.

Kepada golongan guru yg sering resah dan tertekan dgn kehadiran Jemaah Nazir ke sekolah, jangan bimbang kerana selepas ini saya akan meminta Jemaah Nazir utk sama-sama turun ke sekolah dan mengajar di dlm kelas bg memberikan panduan lebih praktikal dan menarik kepada guru-guru.

Ini sama seperti apa yg saya tunjukkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, Semporna, Sabah baru-baru ini.

Cadangan Jemaah Nazir utk turut sama mengajar di sekolah adalah selari dgn penyuburan konsep kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati dlm kalangan guru. Selain itu, tugas Jemaah Nazir bukan utk membuat penilaian kepada guru semata-mata, sebaliknya membantu guru dgn cara memberi bimbingan dan panduan utk mereka dpt melaksanakan tugas mengajar dgn lebih berkesan.

Saya amat mementingkan kebajikan guru dan saya percaya dgn kegembiraan ketika melaksanakan tugas, guru-guru kita mampu mengajar dgn lebih baik dan memastikan anak-anak kita mencapai potensi cemerlangan dlm kehidupan.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
2 APRIL 2019


Loading...

Tags: #audit #Maszlee #Pemansuhan #perjelas #SKPMg2

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.