Maszlee enggan ulas isu pengiktirafan UEC utk peperiksaan CLP

Loading...

IMG 20190331 153119 1 - Maszlee enggan ulas isu pengiktirafan UEC utk peperiksaan CLP
Imej via Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia yg mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sbg setaraf dgn Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Malah sebelum sempat para pengamal media melontarkan soalan berhubung kenyataan tersebut, Maszlee hanya mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu memberikan komen tentang apa-apa berkaitan UEC.

Malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dlm satu kenyataan yg ditulis dlm bahasa Mandarin menerusi akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yg merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dgn STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan utk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dlm kenyataan memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pd tahap ‘Senior Middle 3’ utk bermula 1 Januari 2021.

Jelas Tommy, perubahan itu dibuat sbg maklum balas terhadap pelbagai cadangan drpada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat drpada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sbg syarat kelayakan utk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Walaupun disoal dua kali oleh wartawan, Maszlee hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu disoal atau menjawab sebarang pertanyaan tentang pengiktirafan tersebut.

Dewan Rakyat

Dua minggu lps ketika persidangan Dewan Rakyat, Maszlee yg juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengakui pihaknya belum membuat keputusan sama ada utk mengiktiraf UEC sekolah persendirian Cina atau tidak.

Kata beliau, perkara itu masih lagi dlm peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat drpada pelbagai pihak.

“Seperti mana yg kita maklum, kami (kementerian) telah menubuhkan jawatankuasa bg mengkaji dasar UEC, dan hari ini akan diadakan sidang media di pejabat KPM utk memperkenalkan ahli jawatankuasa serta membentangkan sebahagian drpada aktiviti yg dilaksanakan.

“Oleh itu, belum ada keputusan yg dibuat dan sebarang keputusan akan diputuskan di Kabinet,” ujarnya.

Sumber – MalaysiaGazette

Loading...

Tags: #Enggan #Maszlee #pengiktirafan #Peperiksaan #ulas

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Comments are closed.