Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Serumpun.

Untitled design 44 2 1 - Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Serumpun.

Hari ni min nak kongsi tiga resipi dr tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya byk dr sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.

Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sbg lauk tradisional. Begitu juga dgn hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.

Untitled design 43 3 - Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Serumpun.

Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dr Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dr Hotel Crystal Crown PJ ini.

1. OPOR AYAM

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
  • 500 gm santan segar
  • 3 batang serai |diketuk
  • 4 helai daun salam
  • 6 helai daun limau purut |dicarik
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan dikisar:

  • 3 sm lengkuas
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras
  • 1/2 sudu teh biji jintan
  • 2 sudu mkn gula merah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dgn garam dan gula merah.
6. Opor ayam blh dihidangkan.

Saiz hidangan : 2- 3 orang mkn
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos :

RM 12

INFO CHEF : Lauk ini byk menggunakan santan, jadi utk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.

2.  NASI GORENG BATAM

BAHAN-BAHAN :

  • 150 gm nasi putih
  • 2 biji telur ayam
  • 5 ekor udang harimau
  • 5 keping isi ayam |dihiris
  • 1 ekor sotong putih | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dititik
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 5 ekor udang kering |ditumbuk
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 3 sudu teh kicap pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan utk hiasan :

  • Keropok udang
  • Acar mentah
  • Chicken boxing

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dgn garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yg lain.

Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set mknan lengkap, blh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14

INFO CHEF: Utk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dlm berasa yg sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.

3. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kilo daging lembu
  • 1500 ml air
  • 1 senduk minyak masak utk menumis
  • 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
  • 3 biji lobak merah | dipotong dadu
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis

  • 5 ulas bawang putih| dikisar
  • 8 biji bawang merah| dikisar
  • 1 sm halia | dikisar
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • 4 biji pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 10 gm kulit kayu manis
  • 1 sudu teh gula
  • 2 biji tomato/dipotong dadu
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 2 ketul stok daging

Bahan tabur :

  • Bawang goreng
  • Saderi/ dihiris
  • Daun bawang dan daun sup /dihiris

CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih ekor dan rebus dlm air mendidih selama 15 minit.
2. Buang airnya.
3. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5. Tumiskan bahan sampai naik bau.
6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8. Perisakan dgn garam
9. Siap utk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda blh memerah limau nipis utk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yg susah utk empuk dan mengambil masa yg lama. Anda blh memasukkan beberapa biji kurma utk melembutkan daging semasa merebus.

Komen anda

Loading...

Tags: #‘Ngetop’ #indonesia #Masakan #Paling #Rasa #Selera #Serumpun.

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Serumpun."