Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

IMG 8640 1 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang
Hari pertama berpuasa, Hubby memberitahu lauk pauk di bazar Ramadhan semuanya nampak tidak menarik. Gerai tak banyak tapi orang ramai. Maknanya banyak mknan yg dah habis walaupun nampak tidak menarik. 

IMG 8643 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Pada pemerhatian saya, agak sukar utk mencari lauk pauk sedap di bazar Ramadhan. Kebanyakan peniaga adalah peniaga segera umpama cendawan tumbuh selepas hujan yg hanya berniaga di bulan Ramadhan. Jadi mereka tidak perlu utk menjaga pelanggan dsb.   

Jadi saya terfikir utk memasak lauk simple simple buat hidangan berbuka dan juga bersahur. Saya sediakan 3 masakan sekali gus dlm jumlah yg banyak. Separuh disimpan di dlm bekas dan dibekukan. 

Biasanya bulan Ramadhan saya mengurangkan aktiviti di dapur kerana mahu banyak mengaji atau membuat lain lain amal ibadah.  Tapi bila melihat kuih muih yg dibeli sangat tidak sedap, itu yg saya gagahkan diri juga utk ke dapur. Serius karipap pusing dan cucur badak frozen produk @byaziekitchen berganda lagi sedap. 

IMG 8568 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

IMG 8565 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Hahaha promote sikit. Siapa nak order, blh order dgn anakanda saya Hafez di Instagram Bake & Much @bake.n.munch atau WhatsApp di 011-36525011. Beli banyak banyak buat stock sepanjang bulan Ramadhan ini. Blh digoreng dan dimakan panas panas. Tapi kena buat pre order dan kena sabar sedikit, produk homemade memakan masa utk menyediakan dlm kuantiti yg banyak. 

Berbalik pd lauk saya hari ini, kejadian masak lemak ini sangat cantik warnanya kerana saya memasukkan sedikit serbuk kunyit, selain dr kunyit hidup. Santan juga menggunakan santan segar. Jadi memang kejadiannya agak perfect. 

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 8648 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang
Oleh Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg udang
1 ikat kacang panjang

1 biji tomato
1 batang serai – ketuk
1/2 kg santan + air secukupnya
Garam 

1 tangkai cili merah – hiris
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
6 tangkai cili api

1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
Masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit ke dlm kuali. Nyalakan api dan biarkan ianya masak seketika.  
IMG 8634 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

IMG 8635 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Masukkan santan dan serai. Kacau supaya tidak berketul dan tidak pecah minyak.  

IMG 8636 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Apabila santan panas dan tak perlu mendidih pun, masukkan tomato dan kacang panjang. 

IMG 8638 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Apabila kacang separuh masak, masukkan udang, cili merah dan garam secukup rasa. Masak sehingga santan mendidih. Tutup api.

IMG 8639 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Setelah ditutup api, terus dikacau lagi beberapa minit supaya kuah tidak berketul. 

IMG 8650 - Masak Lemak Udang Dgn Kacang Panjang

Nota: 
Boleh juga ganti kacang dgn nenas atau timun tua.


Loading...

Tags: #Kacang #Lemak #Masak #Panjang #UDANG

author
Author: 
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri
    RESEP SARWENDAH Mahal ?! Worth It Gak Sih ??
    Nih buat kalian yang penasaran sama Resep Sarwendah ya 😉 Kita pesen yang

    Comments are closed.