Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir

IMG 5283 1 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir

Saya tidak pasti dgn orang lain. Tapi beberapa thn kebelakangan ini, saya memang sentiasa bercakap sendirian. Bila hati terdetik perkara negatif, spontan dlm hati atau mulut akan terpacul membalas dgn peringatan seperti “tak baik tau”. Mungkin faktor kestabilan agaknya menyebabkan saya lebih memahami keadaan orang yg tidak berapa bernasib baik. Hati akan sentiasa berkata, kesian dia. 

Atau bila hati terasa geram atau sakit hati dgn peristiwa lalu, saya akan berkata, biar jer. Saya memang sebaik mungkin ingin menolak dr memikirkan unsur negatif dlm fikiran saya. Saya ingin menjalani hidup yg lebih mudah dan berbaik sangka sahaja. 

Saya rasa dgn cara ini hidup akan lebih aman tanpa perlu melayan perasaan. Kalau dulu, saya memang suka melayan perasaan marah, geram dsb. Apa sahaja yg pernah orang perlakukan pd saya, saya dapat mengingatinya. Kerana apa? Kerana saya melayan utk terus mengulit perasaan tersebut. Semoga saya akan terus berfikiran positif masa kini dan selamanya. Sedikit masuk bab ujian dan musibah sebelum kita masuk cerita resepi.

Bila seseorang sakit,  sebenarnya ada 2 perkara yg Allah hendak beri. Pertama ialah Allah bagi sbg kafarah kerana hidup di dunia tak akan terlepas dr buat silap dan dosa. Yang mana satu kita mahu, keampunan ketika kita masih hidup di dunia atau selepas mati di akhirat kelak? Pastinya lebih baik jika kita diberi keampunan ketika kita masih hidup. Sepatutnya bila lama tak sakit, kita akan susah hati. Orang yg tak pernah sakit ialah Firaun.  

Kedua bila kita sakit kita akan ingat pd siapa? Allah hendak meninggikan kemuliaan dan darjat kita. Patut sebelum pergi klinik, kita perbanyakkan doakan pd Allah supaya diberi kesembuhan. Patut kita akan sentiasa ingatkan Allah. 

Jadi ianya akan mendekatkan diri pd Allah. Mati kerana sakit bukan kehinaan. Walaupun kelihatannya penyakit contoh seperti penyakit kusta itu adalah penyakit hina tapi ianya adalah tanda Allah memberi keampunan dan syurga selagi adanya keimanan pd Allah. Semoga jika kita ditimpa sakit atau musibah, kita akan perbanyakkan bersabar kerana disebaliknya terdapat hikmah dan kemuliaan. Itu tandanya Allah mengasihi.
IMG 5285 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir

Sangat sedap lauk hari ini. Kata orang zaman sekarang, sedap giler gitu. Mkn dgn kuah banjir walaupun biasanya saya tidak suka mkn nasi dgn kuah banjir. Digandingkan pula dgn ikan goreng yg digoreng garing atau ikan kering goreng. Wallaaa sedap tau. Pasti menambah nambah nasi dua atau tiga pinggan. Tak caya? Haa kalau tak percaya, cuba masak sendiri di rumah.

Jom layan resepi di bawah ini dan semoga anda resepi yg dikongsikan. Selamat mencuba…
IMG 5286 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir

Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cekak pucuk ubi – celur
1 mangkuk kulat sisir
1 sudu besar cili kering kisar
Sedikit ikan bilis – tumbuk kasar
Santan
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi

Cara cara:
Rendam pucuk ubi dgn sedikit garam. Lepas itu diramas dan ditos. Panaskan air dan celur pucuk ubi. Angkat dan tos airnya. 
IMG 5278 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir

Masakkan santan cair, bahan kisar, ikan bilis dan kulat sisir sehingga mendidih. 

Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi. Kacau rata. 

Setelah mendidih lagi, masukkan santan pekat. 

Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia utk dihidangkan. 
IMG 5279 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir
IMG 5282 - Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Kulat Sisir




Loading...

Tags: #Kulat #Lemak #Masak #Pucuk #Sisir

author
Author: 
    Cara memasak samyang ramen masak mie samyang pedas
    Karena tidak ada cara memasak mie samyang dibalakang bungkus, maka kali ini iseng-iseng
    RESEP SUP BIHUN [CHINESE STYLE]
    1/2 bungkus Bihun (cabe brand) 6 biji Udang (bersihkan kotoran,jangan buang kulitnya) 250gram
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide

    Comments are closed.