Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

IMG 6454 1 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Seperti yg saya tulis sebelum ini, saya akan bersara dlm masa beberapa bulan sahaja lagi. Dari awal, memang saya tidak bercadang utk memilih umur persaraan pd 60 thn. Maklumlah bila umur melebihi 50 thn, kubur telah mula memanggil manggil dan rumah telah mula menghalau. Amalan juga tidak banyak. 

Saya berniat ikhlas menegur, jangan pula ada yg terasa hati. Setiap orang perlu bersara mengikut masa yg ditetapkan. Persaraan bagi sebuah kehidupan adalah kematian. Jadi kenapa bila dah tiba umur utk bersara, masih lagi mahu meneruskan perkhidmatan? Seolah kita telah masuk kubur dan memohon utk kembali ke dunia utk beribadah. 

Tak usah memberi alasan kerana boss mohon supaya perkhidmatan dilanjutkan. Alasan basi. Apakah dgn ketiadaan kita, tiada orang lain yg blh mengambil alih. Adakah boss blh membantu kita di akhirat kelak? Atau memberi alasan masih perlu bekerja kerana masih ada anak yg kecil. Setiap anak didatangkan dgn rezeki masing masing. Tak perlulah risau.

Jika dgn terus berkhidmat, kita membuat sebanyak banyaknya pahala, maka wajib kita meneruskan. Tapi kalau dgn adanya kita dlm perkhidmatan, mulut laser tidak berkurang, mengumpat dan menyakiti orang lain dgn lidah dan kuasa. Apalagi keputusan yg dibuat secara tidak langsung menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan pd staf bawahan. 

Jangan sesekali kita berfikir kita berpangkat tinggi, kerana kita lebih bijak pandai dr orang lain. Tidak sesekali. Sebaliknya kerana Allah yg mengurniakan dgn bertujuan utk menguji. Allah uji dgn pangkat dan kuasa utk melihat bagaimana kita menggunakannya.

Kalau lah begini situasinya, setiap hari membawa balik dosa dlm buku catatan, maka lebih baiklah bersara dan habiskan masa dgn menghadiri majlis majlis ilmu. Habiskan masa di rumah dgn anak cucu, jika telah menpunyai cucu. Hahaha minta ampun, saya hanya menulis apa yg saya rasa betul. Terpanggil menulis selepas bekas boss saya banyak kali mengingatkan saya akan perlunya utk bersara bila tiba masa bersara. Setakat ini dahulu…
IMG 6456 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Hari ini sebetulnya tersalah ambil ubi keledek warna purple, jadi warna kuah juga berubah menjadi warna ungu juga. Kalau warna oren lebih sesuai utk dijadikan masak lemak. Apa apa pun rasanya tetap sedap dan tetap lemak. Mkn dgn nasi putih panas panas, ikan kering dan sambal belacan, sudah meletop. Haa tak percaya, blh cuba di rumah masing masing.

Jom layan resepi masak lemak pucuk manis dgn ubi keledek di bawah ini. Ianya berbeza dgn cara biasa saya menyediakan masak lemak. Hari ini saya ikut cara pembantu rumah Nana di mana digunakan juga bawang putih. 
IMG 6455 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Masak Lemak Pucuk Manis Dgn Keledek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1-2 ikat pucuk manis
1/2 biji ubi keledek
Santan
1/2 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Ikan bilis
Garam

Cara cara:
Masak santan cair dgn bawang dan ikan bilis sehingga mendidih. 
IMG 6449 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Masukkan ubi keledek dan masak sehingga hampir empuk. 
IMG 6448 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Masukkan pucuk manis dan masak lagi sehingga ubi keledek empuk dan pucuk manis lembut. 
IMG 6447 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

IMG 6453 - Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek

Akhir sekali, tuang santan pekat dan masukkan garam secukupnya. Kacau rata supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih dan tutup api. 


Loading...

Tags: #KELEDEK #Lemak #Manis #Masak #Pucuk

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Masak Lemak Pucuk Manis dgn Ubi Keledek"