Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi

Loading...

Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi

Hari ini hari pertama, rumah kami sunyi kerana ketiadaan cucunda kami, Ammar Yahya. Semalam, Nana telah berpindah masuk ke rumah mereka sendiri yg telah siap dibuat pengubahsuaian. 

Pastinya kami akan merindui keletah Ammar dan juga Nana sendiri yg kadang kadang agak melucukan. Dia bercerita dgn saya, walaupun memakai mask, patient tetap mengenali beliau dan bertanya, Doktor ni anak Azie Kitchen kan? Hahaha..

Sebetulnya, sejak beberapa bulan yg lalu, saya telah membuat persediaan minda utk menghadapi detik ini. Saya tahu anak anak gembira utk memulakan kehidupan mereka sendiri, sedang saya bersedih kerana akhirnya seorang lagi anak telah berpindah dan tinggal berasingan. Rumah kami menjadi sunyi sepi. Tiada lagi tangisan dan gelak ketawa Ammar yg saya dengar setiap hari. 

Sangat sedih tetapi saya terpaksa menerima hakikat, yg detik ini pasti akan datang jua. Mereka juga ingin hidup berdikari seperti mana saya juga selepas berkahwin. Bezanya saya terpaksa berjauhan dgn ibubapa kerana tinggal jauh di kampung, sedang saya bekerja di bandar. Ok sekarang kita sentuh sedikit bab resepi hari ini.   
Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi

Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi hari ini sangat sedap. Serious mkn menambah nambah gitu. Kombinasi kedua dua sayuran dan ulaman ini memang sangat serasi. 

Pucuk ubi dipetik dr pokok ubi di belakang rumah yg memang ditanam utk dijadikan sayuran. Manakala jantung pisang pula dibeli di Village Grocer.

Saya yg telah berminggu tidak berapa berselera mkn, tapi bila mkn masak lemak ini, terus jadi berselera sekali. Serious sangat sedap. Apalagi kalau ada pula ikan gelama kering. Memang terangkat. Hmm kalau dah anak kampung, mknan ala kampung juga yg sedap di tekak saya. 

Jom layan resepi di bawah ini. Apakata mulai sekarang, kita amalkan memakan banyak sayuran dan ulaman yg pasti memberi khasiat dan kenikmatan yg berbeza. Selamat mencuba… 
Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi

Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat pucuk ubi
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa parut – santan
Garam
Gula

Bahan kisar:
5 tangkai cili api
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sejemput ikan bilis

1/2 sudu kecil ketumbar biji

Cara cara:
Jantung pisang diambil bahagian muda dan dicelur dlm air mendidih yg diletak sedikit garam. Masukkan pucuk ubi. Bila lembut, angkat dan tos. Kemudian dihiris mengikut yg disukai. 

Satukan bahan kisar dgn sayuran yg dicelur tadi. Setelah bergaul rata, masukkan santan cair. Masak sehingga mendidih. 

Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Sesuaikan rasa dan tutup api. 


Carian Berkaitan

pucuk ubi masak jantung pisang
Loading...

Tags: #Jantung #Lemak #Masak #Pisang #Pucuk

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Masak Lemak Jantung Pisang Dgn Pucuk Ubi"