Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Loading...

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Selamat Thn Baru Cina buat semua masyarakat Cina yg menyambutnya hari ini. Semoga anda semua akan dilimpahi dgn segala kebahagiaan. Sebelum masuk bab masakan, saya ingin ceritakan sedikit bab lagu yg memaparkan kisah cinta.

Saya tidak menonton Anugerah Juara Lagu AJL walaupun saya berada di depan televisyen ketika ianya bersiaran. Saya hanya berada di depan televisyen selama beberapa minit, bukan menonton tapi sambil membaca mesej di  handphone. Kemudian saya bangun dan terus naik ke bilik. 

Saya cuma melihat sedutan persembahan Sufian Suhaimi dua hari selepas itu melalui Instagram yg memang membuatkan saya sangat terasa dgn penghayatan beliau. Rasanya jika mendengar live di konsert tersebut, pasti rasa lagi meremang. 

Saya tidak berniat utk mengulas mengenai AJL atau kisah Sufian. Tapi sesiapa yg pernah mengalaminya akan tahu bagaimana rasanya kesakitan dilukai oleh orang yg sangat dicintai. Terkedu hilang suara, tidak mampu mengungkap sebarang kata. Seluruh anggota badan kaku dan beku. Mata berpinar dan seolah diri melayang jauh meninggalkan dunia ini. 

Persembahan Sufian Suhaimi cukup menyentuh bagi mereka yg pernah mengalaminya bila pelamin yg diangankan musnah begitu sahaja. Penceritaan melalui airmata sahaja yg mampu mengungkap apa yg dirasai. Di dlm doa masih mengharapkan dia kembali walaupun ianya sesuatu yg mustahil utk berlaku di kala itu. 

Walaupun berdekad telah berlalu, saya tidak pernah melupainya. Masih terasa hinanya diri menagih dan mengemis cinta. Cinta remaja yg tidak mungkin kembali kecuali takdir Allah semata. 

Penceritaan ini tidak akan pernah habis, derita ini tidak akan mungkin hilang sehingga diri saya tiada lagi di dunia ini. Walaupun cerita sebenarnya berakhir dgn happy ending. huhuhu masih tak blh move on the trending lagu Di Matamu Sufian Suhaimi dlm AJL.
Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Setelah membaca komen seorang follower di Instagram selepas melihat iklan isi ikan kurau dr Sabah, saya terus rasa teringin nak mkn masak lemak ikan kurau dgn nenas. 

Kadang kadang komen atau pun tayangan lauk pauk dan resepi dr rakan rakan IG memberikan idea utk memasak. Bab ini memang menjadi sedikit masalah pd para wanita bila memikirkan mahu memasak apa, mahu membeli bahan apa. Betul tak? 

Lauk lauk masak lemak ikan masin dgn nenas memang antara lauk yg tidak pernah jemu dinikmati. Saya suka rasa kuahnya yg masin masin dan juga manis manis nenas. Terasa sangat sedap bila digaul gaul dgn nasi putih panas panas. 

Kalau nasi berlauk pagi di Kelantan, memang dimasukkan juga ikan kering plater yg digulai bersama dgn kacang panjang atau timun. Dimakan dgn sambal nasi berlauk. Aduhaai sedapnyer. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek isi ikan kurau masin
3/4 biji nenas
1 batang serai – ketuk
Garam
Gula
Asam keping

Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar cili kering kisar

Cara cara:

Panaskan bahan kisar sehingga kering airnya dan bahan kisar masak. 
Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Masukkan santan cair dan serai. Masak sehingga kuah mendidih. 


Masukkan ikan masin dan nenas. Kacau rata sehingga mendidih lagi. Masukkan santan pekat. 
Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Masukkan asam keping, garam dan gula setelah dirasa terlebih dahulu kerana nenas menpunyai rasa masam dan ikan menpunyai rasa masin. 
Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Setelah mendidih dan kuah telah cantik, blhlah ditutup api. Kacau lagi beberapa minit selepas ditutup api utk mengelakkan kuah berketul. 

Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas



Loading...

Tags: #IKAN #Kurau #Lemak #Masak #Masin #Nenas

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dgn Nenas"