Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Loading...

IMG 4014 1 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Saya memang penggemar telur masin sejak kecil. Masih ingat kalau di bulan Ramadhan, saya suka mkn gulai ayam dgn lauk telur masin. Arwah Bonda menyediakan sendiri telur masin kerana telur itik yg dibela memang banyak dan terdapat stock setiap hari. 

Setiap pagi kerja saya utk mengutip telur itik dr dlm reban. Hidup di kampung, semua sumber mknan tersedia di sekeliling rumah sahaja. Tak perlu nak membeli beli. 

Saya menanda batch telur itik dgn menggunakan arang. Telur yg ditanda dimasukkan ke dlm botol kaca besar yg memang telah ada air garam. Dgn tanda, memudahkan kita utk mengecam telur masin yg telah lama dgn telur yg baru dimasinkan.

Kedua dua bahan dlm masak lemak cili api hari ini adalah yg saya sukai, iaitu telur masin dan kulat sisir. Kalau di kampung, memang sedap kulat sisirnya kerana segar. Selepas dikutip, terus dimasak. Kalau di sini, beli yg dah lama atau yg kering. Kena lah rendam dahulu sebelum dimasak. Utk menyimpan supaya tahan lama, kulat perlu dijemur sehingga kering.  


Sebenarnya masakan saya hari ini, terdapat sedikit kesilapan teknik apabila saya telah memasukkan sedikit santan utk dimasak dgn bahan tumbuk. Sepatutnya hanya masukkan air sahaja. Bila dimasukkan santan, ia akan berketul ketul bila kita tidak dapat mengacaunya ketika telur sedang mengeras. Apa apa pun kita belajar dr kesilapan. 
IMG 4009 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Namun begitu, gulai masak lemak ini tetap sedap. Cuma kejadian jer kurang cantik. Sangat sedap malahan lebih sedap dr masak lemak telur itik segar. Jika ada stock telur masin di rumah, jom pakat cuba resepi ini. 

Pasti mkn nasi bertambah tambah ni. Telur masin ini, saya sediakan sendiri selepas melihat lebihan telurnya dr masak lemak telur itik sebelum ini di SINI. Blh click di SINI utk cara menyediakan telur masin.


Meh layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…


IMG 4010 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji telur masin
1/2 mangkuk kulat sisir
1/2 biji kelapa – santan
1 batang serai – titik
1 keping asam keping

Bahan kisar:
8-10 tangkai cili padi – ikut pedas disukai
1/2 inci kunyit hidup

Cara cara: 
Rendam kulat sisir di dlm air garam. Kemudian dibasuh bersih dan tos. 

Masukkan bahan kisar yg dikisar bersama air ke dlm kuali. Kacau rata sehingga hampir mendidih kecil. 

Pecahkan telur sebiji sebiji ke dlm mangkuk kecil. 
IMG 3995 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Perlahankan api dan tuang telur satu persatu ke dlm kuali sebelum ianya mendidih. Jangan dikacau sehingga telur mengeras bagi mengelakkan telur pecah. Dgn menggunakan sudu, terbalikkan telur yg telah separuh masak. 

IMG 3997 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Tuangkan santan dan kacau dgn berhati hati supaya telur tidak pecah. Kacau kuah sehingga mendidih. 

Biarkan telur agak keras, masukkan kulat sisir dan asam keping. Kacau rata. 
IMG 3999 - Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Masukkan garam. Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 


Loading...

Tags: #Cili #Kulat #Lemak #Masak #Masin #Sisir #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Masak Lemak Cili Api Telur Masin Dgn Kulat Sisir"