Marble Cheese Brownies

IMG 5283 1 - Marble Cheese Brownies
IMG 5282 - Marble Cheese Brownies
IMG 5284 - Marble Cheese Brownies
hari ni pagi2 lagi ibu dh mula buat kek..mula2 buat kek
karamel 2 buku..lps tu buat marble cheese brownies ni
plak..ibu buat ni atas tempahan dr kastemer..walaupn
hari ni ibu rasa kurang sihat sikit..tp alhamdulillah ibu
dapat juga siapkan semuanya…sape2 yg rasa2 nk tempah
tu silakan la ye..harga mmg berpatutan…:))
resepi marble cheese brownies ni,ibu tetap ikut resepi
incek Mat Gebu..sbb gebuuuu je…haha
terima kasih incek Mat ye…:))
BAHAN BROWNIES 🙂
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE 🙂
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dgn mentega, alas dgn kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dr tin. Lenser juga kertas minyak dgn mentega. Panaskan oven pd suhu 175C. 
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) sehingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau sehingga rata. Kacau gula halus + telur dgn whisk sehingga sebati. Masukkan ke dlm bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar utk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dlm loyang tadi, bakar 25 – 30 minit atau sehingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula sehingga sebati, masukkan telur dan putar lagi sehingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yg diasingkan tadi dlm piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan utk mendapat hasil seperti dlm gambar. Sambung membakar selama 15 – 20 minit lagi atau sehingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong utk dihidangkan…

CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dlm peti sejuk selama 45 minit sehingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yg cantik dan licin…


Loading...

Tags: #BROWNIES #Cheese #marble

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Marble Cheese Brownies"