Mansuh UPSR: Murid makin malas, guru culas – iGuru

Loading...

Aize 1 - Mansuh UPSR: Murid makin malas, guru culas - iGuru

SHAH ALAM – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih relevan dan penting utk menilai kemampuan serta kebolehan murid.

Presiden Persatuan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya tidak sependapat dgn Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) utk memansuhkan peperiksaan itu.

“iGuru kurang bersetuju pemansuhan UPSR sepenuhnya kerana melihat keperluan peperiksaan ini masih penting bg menilai kemampuan dan kebolehan murid utk ditempatkan di sekolah pilihan dgn ambil kira pengubahsuaian yg sesuai dgn naratif baharu pendidikan.

“Sepatutnya pihak NUTP perlu membentangkan kajian secara akademik supaya cadangan pemansuhan ini memberi impak kepada murid-murid dan apakah solusi jika kita mansuh UPSR,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Mohd Azizee berkata, pihaknya bimbang murid menjadi semakin malas sekiranya ujian itu dimansuhkan tanpa ada alternatif lain.

“Bahkan ia juga menjadikan guru-guru bersikap culas dlm proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata, pentaksiran perlu utk memastikan tiada murid tercicir terutama dr sekolah luar bandar.

“Peperiksaan ini menepati hasrat Penyata Razak yg bertujuan utk memenuhi keperluan negara pd masa akan datang.

“iGuru meyakini sistem pendidikan di dunia hari ini masih melihat aspek ranking utk menerima pembelajaran yg berkualiti. Justeru, pentaksiran UPSR masih relevan, cuma perlu diolah sesuai dgn naratif baharu Kementerian Pendidikan,” katanya.

Kelmarin, NUTP memohon supaya Kementerian Pendidikan memansuhkan segera UPSR selari dgn usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara.

Setiausahanya, Harry Tan Huat Hock berkata, pihaknya berpendapat peperiksaan itu bukan lagi keperluan sekiranya murid terpaksa menanggung beban utk memperoleh keputusan cemerlang.
Katanya, pemansuhan UPSR juga dilihat dpt mengurangkan tekanan dan beban murid, selain dpt mengubah persepsi masyarakat yg beranggapan keputusan A adalah kayu pengukur kualiti seseorang murid.

Loading...

Tags: #culas #Guru #iGuru #MAKIN #Malas #Mansuh #Murid #UPSR

author
Author: 
    “Raatchasi” Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India
    Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip drpada filem Tamil ‘Raatchasi’ yg
    SPI KPM Bil.3/2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid Utk Urusan Rasmi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikthisas berkenaan Prosedur Operasi Standard
    Jadi Mualaf, Deddy Corbuzier Tolak Tawaran Umroh dan Haji VIP Gratis! Ini Alasannya!
    slidegossip.com – Keputusan Deddy Corbuzier pindah agama Islam dan menjadi mualaf rupanya menarik
    KPM siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah
    Gambar via Facebook PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik

    Comments are closed.