Mansuh amalan peperiksaan tepati budaya kasih sayang, kegembiraan

270E96E0 6BE4 41FF 9A10 E0A16B9D6B94 - Mansuh amalan peperiksaan tepati budaya kasih sayang, kegembiraan

Mulai thn 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memansuhkan amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Thn Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di KPM.

Pemansuhan ini dilaksanakan selaras dgn usaha reformasi pendidikan dan konsep pembelajaran yg berorientasikan perkembangan murid.

Pentaksiran terhadap Murid Tahap I juga akan dilaksanakan secara lebih objektif melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yg menyeronokkan berpaksikan kepada usaha pembangunan karakter dan potensi murid secara berterusan.

Melalui usaha ini, kita mampu menghasilkan murid yg memiliki keupayaan dan pemikiran holistik di samping membina jati diri dan nilai-nilai positif sejak dr awal lagi. Ibu bapa juga mampu melihat perkembangan anak-anak secara lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada soal akademik semata-mata.

Guru-guru juga mendapat peluang yg baik utk mengenali diri murid dgn lebih dekat melalui penerapan nilai-nilai murni yg dipentingkan dlm pentaksiran baharu ini. Ia juga memberikan lebih ruang buat guru utk menyemai nilai-nilai berkenaan dlm diri murid.

Secara umumnya pemansuhan ini amat bertepatan dgn budaya pendidikan berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati yg sedang ditampilkan oleh KPM. Ia membolehkan kita meletakkan nilai sbg punca kepada pengetahuan dan memastikan anak-anak kita terdidik sbg generasi yg berbudi dan berilmu tinggi.

Sumber: FB Dr Maszlee Malik

Loading...

Tags: #Amalan #BUDAYA #Kasih #Kegembiraan #Mansuh #Peperiksaan #Sayang #tepati

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Comments are closed.