Mansuh aliran sastera, sains belum muktamad – Maszlee

73BDCC58 2665 46C9 BF35 CD16D74337A5 - Mansuh aliran sastera, sains belum muktamad - Maszlee

PONTIAN: Pemansuhan aliran sastera dan sains bg pelajar Tingkatan Empat thn depan belum dijadikan dasar pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata pihaknya tidak mahu bersikap terburu-buru berhubung pemansuhan aliran berkenaan, sebaliknya giat meneliti segenap aspek libat urus dan penggajian pentadbiran serta tenaga guru.

“Kementerian belum buat apa-apa pengumuman dasar mengenai pemansuhan aliran. Apa yg dilaporkan sebelum ini adalah ucapan saya di Jerman dan cadangan itu dimaklumkan pd satu sesi townhall.

“Bagaimanapun, laporan mengenainya menggambarkan seolah-olah ia pengumuman dasar pendidikan negara, sedangkan ia belum dijadikan dasar dan baru di peringkat cadangan.

“Kita menyebut pd masa depan, kita mahu pelajar tidak terkongkong dgn aliran tertentu semata-mata.

“Contohnya, kita mahu ada pelajar aliran sains yg blh mengambil subjek sastera manakala pelajar aliran sastera mengambil subjek sains.

“Namun laporan yg keluar seolah-olah ia kenyataan dasar. Kita akan umum bila sampai masanya, kita buat buat kenyataan dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pd sidang media selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 oleh Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Harapan Pontian, Zulkifly Tasreep, dan Pengetua SMK Teluk Kerang, Azizah Omar.

Terdahulu, Maszlee mengumumkan peruntukan RM70,000 utk SMK Teluk Kerang bg penyelenggaraan sekolah, pembaikan tangki septik dan membina laluan pejalan kaki serta dataran sekolah.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM80,000 sbg bantuan awal persekolahan thn depan kepada 533 murid drpada keluarga B40 di daerah ini.

Khamis lalu, Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, dilaporkan menasihatkan kerajaan tidak tergesa-gesa utk melaksanakan pemansuhan aliran sastera dan sains bg pelajar Tingkatan Empat mulai thn depan.

Beliau berkata, langkah itu dikhuatiri memberi implikasi terhadap kursus di peringkat universiti selain bertentangan dgn langkah Kementerian Pendidikan menggalakkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sementara itu, Maszlee berkata, kementerian masih menerima input pelbagai pihak dlm usaha menambah baik sistem pendidikan sedia ada.

“Pemansuhan aliran itu adalah sebahagian drpada hasil laporan jawatankuasa kajian dasar yg ditubuhkan Kabinet seperti diminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hasil kajian, trend dunia masa kini mendapati pembelajaran rentas aliran akan menjadi revolusi pendidikan dunia dan kita perlu bersedia menghadapinya, ” katanya.


Loading...

Tags: #Aliran.. #Belum #Mansuh #Maszlee #muktamad #SAINS #sastera

author
Author: 
    Nasibnya Berujung Tragis! Remaja Ini Bunuh Diri Agar Bisa Hidup Bersama Tokoh Kartun Idolanya!
    slidegossip.com – Kisah tragis ini dialami oleh seorang remaja pria yg masih berumur
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat
    Pria Ini Ceraikan Istri dan Menikah dgn Putri Kandungnya Sendiri! Nasibnya Kini Berujung Tragis!
    slidegossip.com – Kisah mengejutkan ini benar-benar tak patut utk ditiru dan semoga bisa

    Comments are closed.