Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

Untitled design 2 15 1 - Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

Petang-petang ni kalau buat puding dan sagu memang best. Resipi yg min share ni bukan puding biasa ada nangka weii. Puding pula dr rambutan. Ni lah nikmat buah-buahan tempatan.

Ni ada min kongsikan kuih jongkong versi Johor. Selain tu kuih yg dibalut daun pisang ni juga terkenal di kalangan Cina Peranakan. Jom mkn manisan ni.

PUDING TRIFLE RAMBUTAN

Untitled design 35 - Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg isi rambutan yg siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dlm mangkuk lain
  • 1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm

BAHAN LAPISAN KASTARD :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)

BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:

  • 11gm agar-agar serbuk
  • 800gm air
  • 5 sudu mkn gula
  • Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:
1. Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bg pdt.
2. Siram atau renjiskan air rambutan yg telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
3. Masakkan semua bahan utk lapisan kastard sehingga pekat dgn api kecil.
4. Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
5. Utk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak sehingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
6. Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
7. Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan :4 sehingga 6 orang
Waktu Memasak: 50 minit
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Mknan barat dgn sentuhan tradisional
Cara Memasak : Reneh
Anggaran kos: RM15-RM20

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yg ingin dihidangkan.

RESIPI SAGU NANGKA GULA MERAH

Untitled design 77 - Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ulas nangka masak | hiris nipis
  • 1 cawan biji sagu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Sedikit pewarna kuning

BAHAN AIR GULA:

  • 2 ketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2sudu mkn gula pasir
  • 1 helai daun pandan

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2sudu teh garam
  • 3 sudu mkn tepung gandum

CARA MEMASAK:
1. Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dgn pewarna kuning.
3. Susun nangka ke dlm acuan dan masukkan sagu yg suam tadi. Ketepikan.
4. Utk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dlm periuk an masak sehingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
5. Utk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dlm periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
6. Utk menghidang, keluarkan sagu dr acuan, yg berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yg tanpa warna di atasnya. Siram dgn air gula dan kuah santan. Blh hias dgn sedikit hirisan nangka di atasnya utk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.

Saiz Hidangan : 4 sehingga 7 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis
Cara Memasak :Reneh
Anggaran kos: RM15-RM18

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yg ingin dihidangkan.

3. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR:

Untitled design 1 14 - Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

BAHAN A:

  • 150gm tepung beras cap teratai
  • 70gm tepung ubi kayu
  • 600ml santan cair
  • 3 sudu mkn gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN B (INTI):

  • 2 ketul gula melaka dihiris dadu

BAHAN C (KUAH ):

  • 100 ml santan
  • 3sudu mkn tepung gandum

BAHAN LAIN:

  • Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
  • Lidi kecil secukupnya
  • Air utk mengukus secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Utk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
2. Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membungkus jongkong; daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yg dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yg telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sbg inti di dlmnya.
4. Tutup dgn adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dgn lidi. Lebihan daun blh dipotong utk nampak lebih kemas.
5. Ulangi langkah sehingga selesai.
6. Panaskan air kukusan sehingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
7. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan : 4 sehingga 6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak yg sedap
Cara Memasak : Reneh dan rebus
Anggaran kos: RM15-RM18

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yg ingin dihidangkan.

Resipi: Terima kasih Widiati Sulaiman, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.

Komen anda


Loading...

Tags: #Manisan #Nikmat #nyaman #Terkata

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata"