“Manfaat Zakat Utk Semua,” Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..

Loading...

Meskipun Lembaga Zakat Selangor sudah memperjelaskan maksud motto “manfaat zakat utk semua” masih terdapat sebilangan netizens yg enggan membayar zakat kepada agensi tersebut atas alasan was-was.

Ini susulan penyebaran satu pekeliling dr LZS yg mendakwa kononnya manfaat zakat kini tidak lagi terhad kepada umat Islam semata-mata.

Carlos2 1 - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..

“LZS akan menggunakan motto “Manfaat Zakat Utk Semua” menggantikan motto “Meneraju Perubahan”, ia membawa maksud agar LZS lebih dekat dgn masyarakat dan mengukuhkan manfaat zakat adalah utk semua, bukan hanya terhad kepada golongan mustahik sahaja malah kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa dan agama secara langsung dan tidak langsung,” seperti dipetik dlm kenyataan surat tular itu.

Bagaimanapun LEMBAGA ZAKAT SELANGOR menafikan dakwaan yg tular itu. Meskipun mengesahkan pekeliling itu adalah sahih namun menafikan zakat di Selangor diagihkan kepada penganut agama selain dr Islam.

Sebaliknya menegaskan agihan zakat Selangor adalah utk umat Islam semata-mata. Namun berdasarkan respon netizens didapati kebanyakan dr mereka memilih tidak mempercayai penjelasan oleh Lembaga Zakat Selangor.



Sesetengahnya mempertikaikan kenyataan “tidak mengira usia, bangsa dan agama,” yg menurut pandangan mereka maksudnya tidak dijelaskan oleh agensi berkenaan dlm menjawab pekeliling yg tular itu.

Respon netizens;

1 - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..

2 - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..

3 1 - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..

4 1 - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..


Berikut dibawah kenyataan Lembaga Zakat Selangor berhubung surat viral tersebut;

MAKLUM BALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR BERKAITAN PEKELILING DALAMAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

SHAH ALAM, 30 Disember 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan tular pekeliling LZS di media sosial dan whatsapp.

LZS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh umat Islam terutama di Selangor yg prihatin berkenaan perkembangan LZS serta sentiasa memberi pandangan yg membina utk kemajuan ummah.

Zakat - "Manfaat Zakat Utk Semua," Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat..


Untuk makluman, pekeliling berkaitan motto baru LZS yg sedang tular pd masa ini adalah pekeliling DALAMAN utk warga kerja LZS sahaja.

LZS menegaskan bahawa pengagihan zakat di Selangor hanya utk umat Islam sahaja dan menafikan ia akan disalurkan kepada agama lain. Skop pengagihan zakat di Selangor yg diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Ia meliputi lapan kategori asnaf seperti yg dijelaskan dlm surah at-Taubah ayat 60.

Berhubung tular yg tersebar baru-baru ini, berkenaan “Motto: Manfaat Zakat Utk Semua”, terdapat kekeliruan mengenai perkara ini. Bg thn 2019, LZS telah mengubah motto lama iaitu “Meneraju Perubahan” kepada motto baru iaitu “Manfaat Zakat Utk Semua”. Motto ini membawa maksud yg sangat luas. Ia menggambarkan bahawa ibadah zakat walaupun hanya dikhususkan kepada umat Islam tetapi MANFAATNYA dinikmati oleh semua ahli masyarakat dlm kitaran ekonomi dan sosial. Ini selaras dgn peranan zakat yg mensucikan dan menyuburkan.

Sekiranya taraf kehidupan asnaf dipertingkatkan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sesebuah negeri atau negara. Dgn maju dan makmurnya sesebuah negeri atau negara, akan bermanfaatlah setiap rakyat di dlmnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Misalnya, seorang mahasiswa asnaf dibiayai dgn wang zakat dlm bidang perubatan sehingga berjaya menjadi seorang doktor pakar, maka manfaatnya dpt dinikmati oleh semua pesakit tanpa mengira status, bangsa atau agama.

Sekali lagi ditegaskan, LZS tidak ada kaitan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik dan akan terus menyantuni asnaf di Selangor bg meningkatkan taraf kehidupan mereka.

LZS juga sentiasa mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 dlm melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat di Negeri Selangor. Agihan dan kutipan zakat di negeri Selangor sentiasa mengikut hukum syarak dan ia dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta dikawal selia oleh jawatankuasa yg dilantik termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

KENYATAAN OLEH

Abdul Basith Hamid
Ketua Pegawai Penyelaras (Officer In Charge)
Lembaga Zakat Selangor

Loading...

Tags: #Bayar #Enggan #Manfaat #Mempertikaikan #Netizens #Semua #Zakat

author
Author: 
    Kerja kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 28 Dis 2017
    Permohonan dibuka dikalangan Warganegara Malaysia yg berumur 18 thn dan ke atas serta
    Kerja kosong Majlis Perbandaran Selayang 29 Dis 2017
    Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia yg berumur 18 thn dan ke atas utk
    Kerja kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad 31 Dis 2017
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) merupakan penyedia perkhidmatan percetakan berteknologi terkini yg dilengkapi
    Kerja kosong RISDA 26 Dis 2017
    Permohonan dibuka dikalangan Warganegara Malaysia yg berkelayakan dan berumur 18 thn dan ke

    Leave a reply "“Manfaat Zakat Utk Semua,” Netizens Mempertikaikan LZS, Enggan Bayar Zakat.."