Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yg bergelar guru – Maszlee

Loading...

FB IMG 1551435251719 1 - Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yg bergelar guru - Maszlee

Setiap kali seseorang datang kepada saya dan memperkenalkan diri,

“Saya cikgu, teacher, ustaz, ustazah di sekolah sekian-sekian,” sentiasa terdetik di hati saya rasa kagum, bangga, malah terharu kerana sering bersipongang di dlm kepala fikiran saya sekian besarnya pengorbanan yg mereka lalui dan bermaknanya sumbangan mereka terhadap negara yg kita cintai ini.

Percayalah, tidak akan terbentuknya Malaysia yg kita cintai pd hari ini, tanpa wujudnya insan bernama guru. Dan perubahan yg kita dambakan bersama, guru-gurulah tonggak kemenjadiannya.

Bukankah ada perumpamaan yg menyebutkan, seorang guru bagaikan sebatang lilin, dia sanggup membakar dirinya sendiri demi memastikan insan di sekelilingya tidak berada di dlm kegelapan.

Perumpamaan ini sebenarnya menyampaikan maksud yg sangat besar; insan yg bernama guru ini hakikatnya telah mengorbankan diri mereka utk mengeluarkan kita semua drpada kegelapan.

Merekalah yg telah memerdekakan kita drpada jajahan kejahilan, langsung menghulurkan kita laluan menuju cahaya peradaban.

Cubalah sesekali kita bertanya kepada diri kita, siapalah kita hari ini tanpa guru-guru kita?

Saya juga yakin, setiap drpada kita akan mempunyai adiguru kita sendiri. Insan-insan ini secara peribadi berjaya memakaikan kita busana jati diri, membentuk nuansa pemikiran dan sekali gus mendewasakan kita dgn bekalan ilmu dan hikmah yg sarat makna.

Mereka diam di ingatan yg paling dlm, mereka kekal sbg insan yg paling diingati.

Ya, merekalah seperti mana yg disebutkan pepatah, “Insan yg mencipta keabadian, kerana mereka tidak pernah blh memberitahu di mana pengajaran mereka berhenti.”

Dan seperti mana yg telah dipotretkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang,

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yg ditauliahkan segala umat
Seribu thn katanya menjadi hikmat

Saya mahu mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia atas inisiatif ini.

Anugerah ini merupakan anugerah thnan yg diadakan sempena sambutan Hari Guru dan thn ini merupakan thn ke-3 pelaksanaannya.

Rakyat Malaysia blh membuat pencalonan guru pilihan yg telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dan memberi kesan positif atau menjadi inspirasi dlm kehidupan mereka.

Kepada semua rakyat Malaysia, inilah masanya utk kalian memperkenalkan adiguru kalian kepada dunia.

Dan kepada guru-guru di luar sana, ketahuilah bahawa kalianlah pelakar peradaban yg sebenar, kalianlah pembentuk generasi akan datang.

Teruslah mendidik anak bangsa. Teruslah menyebarkan ilmu dan teruslah berbakti buat nusa tercinta.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Loading...

Tags: #akan #bergelar #Guru #Insan' #Malaysia #Maszlee #TANPA #terbentuk #tidak

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Malaysia tidak akan terbentuk tanpa insan yg bergelar guru – Maszlee"