Malaysia tangga kedua guru paling dihormati masyarakat

hormat 1 - Malaysia tangga kedua guru paling dihormati masyarakat

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pengorbanan guru dlm mendidik anak muridnya adalah satu kenangan terindah apabila mereka berjaya dlm pelajaran masing-masing.

Walaupun tidak dibalas dgn wang ringgit tetapi sekadar menghormati dan mengingati jasa mereka yg byk mencorak kehidupan anak didiknya.

Kegigihan dan pengorbanan guru di Malaysia terus diangkat apabila menduduki tangga kedua drpada 35 negara di dunia dihormati masyarakat negara ini.

Perkara itu didedahkan sebuah yayasan dlm pembangunan pendidikan dan guru peringkat global iaitu Yayasan Varkey.

Menurut akaun Twitter World Index yg memuat naik ciapan malam tadi, China menduduki tangga pertama mengenai perkara itu.

Kedudukan itu disusuli Taiwan yg berada tempat ketiga diikuti Indonesia (lima), Turki (tujuh), India (lapan) dan Kanada (11).

Amerika Syarikat pula berada tempat ke16 iaitu dibelakang United Kingdom manakala Jepun pula di kedudukan 18.

Israel pula berada tempat 34 dan terakhir Brazil di kedudukan 35.

Yayasan Varkey diasaskan oleh seorang ahli perniagaan terkenal India, Sunny Varkey iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vikas Pota.

Ia ditubuhkan pd 2010 dgn objektif memberi tumpuan dlm meningkatkan pendidikan terhadap kanak-kanak.

Yayasan itu juga turut memberi fokus utama meningkatkan kapasiti guru di peringkat global yg melatih ribuan tenaga pengajar itu dlm pembangunan beberapa negara termasuk menyediakan akses pendidikan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #dihormati #Guru #Kedua #Malaysia #Masyarakat #Paling #Tangga

author
Author: 
    Sekarang Ganteng Banget! Wajah Artis Ini Sebelum Operasi Plastik Bikin Kecewa Netizen?
    slidegossip.com – Rowoon SF9 dikenal memiliki wajah super tampan dgn postur tubuh yg
    Download : Homophones of There | Their | They’re (Worksheets)
    Words there their they’re are homophones which are easily confused. This trio falls
    “Nak pakai kasut coklat, kasut putih, kasut hitam, kasut kelabu pun blh” – Dr Mahathir
    Dr Mahathir Mohamad berkata masih byk maklumat yg sedang “dihadam” beliau di Kementerian
    Sinopsis The Demi-Gods And Semi-Devils Episode 1
    Kini RTV akan menayangkan drama asal Tiongkok yg berjudul The Demi-Gods And Semi-Devils.

    Comments are closed.