Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

WhatsApp Image 2019 02 21 at 6.57.45 PM 1 e1550746840641 - Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

Malaysia sememangnya telah dikenali sbg destinasi kulinari di Asia yg mempunyai ratusan mknan enak yg sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sbg World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dlm pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.

Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dlm bidang kulinari dgn menjadi negara pertama sbg tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini.  Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dr 4 sehingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos  dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dgn kerjasama CZ Restaurant Group, dgn sokongan Tourism Selangor.

WhatsApp Image 2019 02 21 at 6.50.52 PM - Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia

WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dr seluruh dunia. Peserta dr  Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing utk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)

movenpick01 - Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

Lokasi pertandingan yg bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com

Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dr empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.

WCB 2019, yg akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) utk pasukan juara.

WhatsApp Image 2019 02 21 at 6.52.00 PM - Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

Barisan ViP yg hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)

Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yg juga Pengerusi Workd Chef  Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan.  Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dr Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dr 30 thn kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 thn dan digelar Godfather dlm bidang kulinari Singapura.

Antara juri lain pula  terdiri drpada profesional industri dr Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Komen anda


Loading...

Tags: #“WorldChef #2019/ #AntaraBangsa #Battlefield #JADI #Malaysia #Negara #Pertama #Pertandingan #Rumah #Tuan

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”"