MAKARONI GORENG DAGING

Loading...

MAKARONI 1 - MAKARONI GORENG DAGING

Assalam buat semua…
Hari ini saya nak kongsikan satu resepi makaroni yg selalu saya buat dan menjadi kesukaan anak-anak.
Kadang-kadang saya buat semasa hari raya ataupun di hidangkan jika ada tetamu berkunjung ke rumah.
Sumber-RASA online/IG
Let’s try masak

MAKARONI GORENG DAGING

Bahan-bahan
400 gm makaroni-rebus sampai masak dan toskan
400 gm daging kisar
5 batang sosej -potong bulat
2 biji bawang Holland-dadu


4 ulas bawang putih-tumbuk halus
5-6 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati daging/ayam
1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning
5-6 biji cendawan butang-potong nipis
2 sudu besar jus limau nipis
1 paket kecil sayur campur-tak letak
sedikit brokoli-tak letak
garam dan gula secukup rasa
hirisan daun sup

Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.
  • Masukkan daging kisar dan bila daging kelihatan masak,masukkan cendawan butang,kiub pati daging,sos cili,sos tomato dan sos tiram.Gaul rata.
  • Masukkan makaroni dan capsicum dan kacau rata.
  • Masukkan jus limau nipis,garam,guka secukup rasa.
  • Ssuaiakn rasanya dan blhlah di angkat.
  • Taburkan daun sup semasa menghidang.
Loading...

Tags: #Daging #GORENG #Makaroni

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "MAKARONI GORENG DAGING"