Makaroni bakar, sedap dan kaya dgn cheese

Loading...

Bismillahirrahmanirrahim,
photo 2018 12 07 07 06 34 1 - Makaroni bakar, sedap dan kaya dgn cheese

Menu kesukaan anak-anak.  Resepi ni senang saja, insyaAllah semua orang pun blh buat✌️sedap tau, mesti cuba😍
.
Makaroni Bakar Berkeju atau
Cheesy Baked Macaroni
.
Bahan-bahan :
2 cawan makaroni
1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dgn bawang besar) – dadu
3 ulas bawang putih – dadu
1 mangkuk kecil daging atau ayam dipotong kecil
1/2 tin sos pasta asli Adabi
3 sudu besar sos cili Adabi
Sayur : Karrot,
batang celery, capsicum
1 sudu besar serbuk lada hitam
5 sudu besar minyak zaiton Adabi utk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
.
Cara rebus makaroni :
1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu minyak. Rebus makaroni sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaiton Adabi. Tumiskan bawang sehingga layu.
3. Masukkan daging dan air. Masak sehingga empuk.
4. Masukkan sos pasta, sos cili bersama sayur, garam dan gula. Kacau sehingga didih.
5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam. Kacau rata. Matikan api. Ketepikan.
.
Sos Putih :
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu cair (boleh juga gunakan susu segar)
1 sudu kecil lada putih
1/2 kiub pati ayam Adabi
Satukan semua bahan sos putih dlm periuk. Sentiasa kacau dlm api perlahan sehingga didih dan sedikit pekat. Matikan api.
.
Bahan lain utk tabur di atas :
Mozarella cheese parut
1 sudu besar mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)

photo 2018 12 07 07 06 07 - Makaroni bakar, sedap dan kaya dgn cheese

.Cara penyediaan :
1. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu. Griskan loyang dgn butter.
2. Masukkan makaroni ke dlm loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur cheese mozarella dan mixed herbs.
3. Bakar sehingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven saya suhunya 160’C selama 30 minit)

photo 2018 12 07 07 06 28 - Makaroni bakar, sedap dan kaya dgn cheese

Loading...

Tags: #Bakar #Cheese #Kaya #Makaroni #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Makaroni bakar, sedap dan kaya dgn cheese"