Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yg Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.

MakananBKaumBKadazanBDusunBYangBPerluBAndaBCubaBJikaBDatangBKeBSabah - Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yg Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.

Makanan bg sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bg sesuatu kaum atau masyarakat. Terdapat byk jenis mknan yg unik dan menarik dlm masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun, antaranya ialah seperti berikut:

1. Pinaasakan

Pinaasakan - Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yg Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.

Pinaasakan merupakan sejenis mknan atau hidangan tradisional istimewa bg suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Sajian ini berasaskan ikan dan herba hutan dimana hidangan yg dihasilkan menggunakan isi ikan sama ada ikan air tawar atau pun ikan air masin.

Pinaasakan adalah antara mknan kegemaran masyarakat Kadazan-Dusun. Cara penyediaan pinaasakan adalah dgn membersihkan ikan dan kemudiannya mengambil isi ikan tersebut dan dicampurkan dgn sedikit kunyit, halia yg telah ditumbuk, asam jawa atau buah asam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih dan air hampir kering. Hidangan pinaasakan merupakan hidangan yg tahan lama dan blh di simpan sehingga beberapa hari. Mknan ini disediakan ketika pesta kaamatan yg disambut 30 dan 31 Mei setiap thn.

2. Hinava

Hinava - Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yg Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah.

Hinava atau hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa dan merupakan mknan yg paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun Sabah. Bahan yg diperlukan utk penyediaan mknan ini ialah isi ikan, biasanya ikan yg digunakan ialah ikan tenggiri.

Isi ikan ini biasanya akan dihiris halus dan bahan-bahan lain yg diperlukan ialah biji buah bambangan yg telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau nipis atau limau kapas dan sedikit garam mengikut rasa. Utk menambahkan rasa yg lebih enak daun saderi turut digunakan.

Isi ikan tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dgn air limau kapas atau limau kasturi. Selain itu, isi sotong atau udang juga blh digunakan dlm penyediaan hinava ini. Hinava biasanya menjadi mknan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

Selain itu, ia juga menjadi hidangan istimewa dlm majlis penting, seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan lain-lain. Utk mendapatkan hinava tidaklah sukar kerana kini byk tempat mkn yg menyediakan hidangan ini dgn harga yg berpatutan.

Sumber

Loading...

Tags: #anda #Cuba #datang #Jika #KadazanDusun #Kaum #Makanan #Perlu #Sabah

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Leave a reply "Makanan Kaum Kadazan-Dusun Yg Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah."