Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Fairy%2B1 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah
Baru – baru ini, aku dgn keluarga balik kampung yg terletak di Jitra, Kedah. Perjalanan dr Kulim ke Jitra, kami pastinya akan melalui kawasan Sungai Petani. Di perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di sebuah kedai kek yg mempunyai tempat drive thru. Nama bagi kedai mkn tersebut adalah  Fairy Le Phénoménal.
Dari awal perjalanan lagi mak aku seringkali cakap yg beliau teringinkn kek. Jadi apabila kedai kek sudah berada di dlm perjalanan, why not kita singgah dan mkn. First time sebenarnya aku singgah di kedai ini. 
Tujuan utamanya hanyalah utk mkn kek, jadi kami memilik 6 kek yg berlainan jenis. Kek yg dipilih adalah sepotong kek sahaja bagi setiap jenis. 

Fairy - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah
Gambar Ihsan Google
Kalau anda dapat lihat, di atas adalah gambar bagi ruangan kek dipamerkan. Hampir kesemua kek yg dipotong kecil tersebut di ambil. Harganya yg agak berpatutan membuatkan aku berasa lega kerana aku yg belanja utk kali ini.
IMG 20181229 174204 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah
Aku dan Keluarga.
Di bawah adalah kek yg dipilih. Alhamdulillah, setelah selesai mkn kek, kami semua kekenyangan dan beransur pulang ke Kulim. Mengenai kek, bagi aku ianya blh dikatakan sedap. Ada juga yg tidak sedap dan pastinya kek yg tidak sedap itu tidak akan dipilih lagi sekiranya aku ke kedai ini lagi. 

IMG 20181229 174022 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah

IMG 20181229 174026 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah
Alang-alang baru sahaja gaji, apa salahnya jika aku belanja keluarga. Apa pendapat anda semua tentang kek ini apabila melihatnya sahaja?

IMG 20181229 174029 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah

IMG 20181229 174031 - Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah
Menyahut seruan kerajaan terdahulu supaya berjimat cermat, jadi aku dan sekelarga memilih utk meminum air kosong sahaja. Jimat dan menyihatkan sebab kek itu sendiri sudah manis, ditambah air manis, lagilah bertambah kandungan gula dlm badan kan?
Mengenai restoran itu pula, suasananya aku rasa sesuai utk keluarga. Ruang dlman yg besar. Tetapi apabila melihat menu, aku agak terkejut melihat harga bagi menu-menu lain selain kek. Ianya terlampau mahal dan mampu membuatkan aku menangis sekiranya itu yg dipilih utk mkn. Harga bagi sepotong kek bagi aku murah dan menepati citarasa aku.

Sekian.
Facebook : Fairy Le Phénoménal
Alamat : No 1, Jalan Cempaka 2/3, Amanjaya Square, 08000 Sungai Petani


Loading...

Tags: #Fairy #Kedah #Makan #Petani #Phénoménal #Sungai

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Makan Kek di Fairy Le Phénoménal, Sungai Petani, Kedah"