MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN

Loading...

ASSALAMUALAIKUM…

Majlis solat hajat, bacaan yasin & tahlil doa selamat || rumah ronald mcdonald di Hospital USM

Baru – baru ini pd 1 Oktober lepas, kami dr Team Blogger Pantai Timur dijemput sekali lagi utk memeriahkan Majlis Solat hajat, doa selamat bagi pembinaan Rumah Ronald McDonalds yg kini masih dlm pembinaan. Siapa yg pernah baca entri yg pernah ditulis sebelum ini, memang akan tahu Rumah Ronald McDonalds yg ke 2 di Malaysia akan dibina di kampus Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan. Terima kasih McDonalds yg sudi menjemput kami utk ke sini sekali lagi dan melihat sendiri progres kemajuan rumah ini yg masih dlm pembinaan.

Pada bulan Julai yg lepas telah berlangsungnya utk Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RHMC) Malaysia. Kemudian, ke tapak utk upacara pecah tanah. Apa yg dapat lihat di sini dulu tapak yg kosong, sekarang dah nampak tiang – tiang. Kawasan sekitar tapak tersebut pun sudah dipagar. Projek nak menyiapkan rumah sedang berjalan.

Usaha murni dr McDonald Malaysia seharusnya  disokong oleh ke semua pihak kerana rumah ini juga dapat membantu ahli keluarga pesakit sbg tempat tinggal sementara. Program komuniti sebegini sebenarnya bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama insan malah turut sama- sama utk memberi sokongan dan bantuan kepada golongan yg memerlukan.

5 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN

Majlis ini telah dihadiri oleh timbalan – timbalan pengarah serta ketua – ketua Jabatan Hospital USM. Presiden RMHC / Pengarah Urusan MCDonald’s Malaysia iaitu Encik Azmir Jaafar dan kakitangan McDonalds Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RMHC.

PROGRAM BULAN KOMUNITI MCDONALD

Untuk pengetahuan korang semua, pd setiap bulan Oktober, McDonald Malaysia telah melancarkan Bulan Komuniti McDonald’s yg bertujuan utk menyokong masyarakat setempat dan mendekati golongan kanak – kanak. Memang kagum dgn usaha murni McDonalds Malaysia.

1 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Selesai solat hajat, bacaan yaasin dimulakan 

LATAR BELAKANG RUMAH RONALD MCDONALD

Untuk korang yg masih ketinggalan info tentang rumah Ronald Mcdonald ini, rumah yg pertama ini telah di bina di PPUKM, Kuala Lumpur.

1. Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur.

Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC. Ia merupakan Rumah ROnald McDonald yg pertama di Malaysia pd thn 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.

Rumah yg pertama ini yg merupakan rumah pertama di Asia, telah dirasmikan oleh Yg Amat Berbahagia Tun DR Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pd 21 Jun 1999. Sudah 19 thn rumah ini ditubuhkan, lebih 850 keluarga kanak – kanak telah menggunakan kemudahan ini. RMHC juga telah membelanjakan lebih RM 5.5 juta utk rumah ini.

6 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN

2 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN

Di antara ketua jabatan Hospital USM yg hadir bersama Encik Azmir Jaafar Presiden RHMC Malaysia
2. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yg kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pd bulan Mac 2019. Kemudahan yg terdapat dlm rumah ini terdiri drpada 18 buah bilik tidur, ruang mkn, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan lain – lain utk kemudahan penghuni. 
Rumah ini juga akan menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak – kanak yg sedang menjalani rawatan di Hospital USM. Ia juga dapat meringankan beban keluarga kepada pesakit. 
Nanti, rumah ini akan siap thn depan, ia akan dapat membantu pesakit kanak – kanak dan keluarga dgn meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka utk berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM. 
4 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Kakitangan McDonald’s Pantai Timur sedang sibuk mengagihkan mknan kepada tetamu yg hadir
7 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
PERBELANJAAN SEBANYAK RM 4 JUTA. 

Untuk pembinaan rumah ini, sebanyak RM 4 juta telah diperuntukkan. Alhamdulillah sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta utk pembinaan rumah ini. Jumlah ini diperoleh drpada sumbangan syarikat- syarikat korporat semenjak beberapa thn yg lalu dan juga menerusi tabung derma di kaunter – kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara. Jangan lupa kalau pergi McDonald nampak tabung derma, ringankan tangan kita utk menderma seikhlas hati.  
RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 utk menyempurnakan pembinaan rumah ini. Orang ramai yg ingin menderma sangat dialu – alukan menerusi tabung – tabung derma di kaunter – kaunter McDonald’s di seluruh negara.
8 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN

SEKITAR TAPAK RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM 

9 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Kerja – kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pd 2 Oktober 2018

10 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Alhamdulillah dah nampak progres utk rumah ini 

11 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Antara team blogger pantai timur yg hadir
12 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN
Bergambar bersama orang kuat di sebalik kewujudan Rumah Ronald Mcdonald’s bersama team blogger pantai timur.

Selain itu, derma juga blh disalurkan melalui online banking ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia 

AKAUN MAYBANK : 5125-3014-1938

Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, blh juga layari di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/
Majlis berjalan dgn lancar walaupun cuaca panas terik. Diharapkan Rumah Ronald McDonald yg kedua ini dapat disiapkan dgn jayanya dan dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga pesakit di sini. 
Baca Sini >>> RUMAH RONALD MCDONALD YANG KE 2 DI MALAYSIA AKAN DIBINA DI KAMPUS HUSM
Loading...

Tags: #Bacaan #Dalam #Hajat #Hospital #Kini #Majlis #MCDONALD #pembinaan #RONALD #Rumah #Selamat #Solat #TAHLIL #yasin

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & TAHLIL DOA SELAMAT || RUMAH RONALD MCDONALD DI HOSPITAL USM KINI DALAM PEMBINAAN"