Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

IMG 5637 1 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

Alhamdulillah selesai majlis akikah cucunda saya, Ammar Yahya yg simple dan sangat ringkas. Ammar telah berusia 4 bulan setengah dan sangat cerdik. Suka bersembang dan suka ikut sama menyanyi atau berzikir atau apa sahaja yg berirama. 

Tiada sebarang majlis selain hanya mkn mkn sahaja. Maklumlah saya masih belum sihat sepenuhnya dan Nana juga sibuk dgn kerja di samping belajar. Rumah pulak sebelumnya agak bersepah kerana terdapat sedikit kerja kerja membaiki kerosakan di rumah.

Majlis bermula pd pukul 11 pagi dan berakhir pd pukul 4.00 petang. Alhamdulillah kali ini hari tidak hujan seperti mana majlis majlis kami sebelum ini walaupun ada tanda seperti hari hendak hujan. Hujan hanya turun selepas majlis selesai sepenuhnya.

Kami menempah nasi briyani Muar dr caterer sama dgn majlis pernikahan Nana pd tarikh yg sama 2 thn yg lalu. Ramai yg memberi maklumbalas akan keenakan nasi briyani dan mee bandungnya. Sebetulnya urusan pemilihan lauk pauk semua dibuat oleh Hubby dan Nana. Saya tak masuk campur dan saya juga tidak melihat lauk pauk yg terhidang. Kalau saya sihat, biasanya saya akan mengambil gambar lauk pauk dan hidangan, gambar sepanjang majlis serta gambar tetamu tetamu yg hadir. 

Oleh kerana saya masih menggunakan tongkat dan pergerakan yg terbatas, saya membuat keputusan tidak menjemput rakan rakan saya, kecuali beberapa orang teman rapat sahaja. 

Hubby menjemput rakan rakan alumni, rakan sekerja beliau dan jiran jiran. Manakala Nana, Alain dan Nelly menjemput rakan rakan masing masing. Keluarga saya dr Kelantan dan keluarga Hubby dr Perak juga turut hadir. Keluarga Alain juga ramai hadir.
IMG 5667 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

IMG 5673 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana
IMG 5691 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana
IMG 5688 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana
IMG 5663 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

Pagi ketika hidangan disiapkan oleh pihak caterer, kami menyambut hari jadi Nana yg kebetulan jatuh pd hari yg sama dgn kehadiran kedua dua besan kami dan keluarga. Hanya memotong sebiji kek sahaja. Yg penting adalah ingatan akan hari istimewa anak anak.
IMG 5647 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

IMG 5658 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

Yang sangat menyeronokkan ialah membuat persediaan rumah utk menyambut majlis akikah Ammar di mana setiap orang memainkan peranan utk membersih, menghias dan deko rumah. 

Chandelier diturun dan dibersihkan, carpet dibentang, bunga digubah, frame dinaikkan dll. Terasa seronok bila semua mengambil bahagian.
IMG 5686 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana
IMG 5680 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

IMG 5684 - Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana

Dua minggu sebelumnya kami telah memanggil kontrator dan vendor utk membaiki kerosakan rumah juga membaiki aircond serta lampu lampu di dlm dan di luar rumah. Saya juga telah menukar beberapa perabut dan membeli decorative item utk hiasan rumah secara online. 

Semuanya demi menyambut hari gembira kami sekeluarga iaitu majlis akikah Ammar Yahya, permata hati kami.


Loading...

Tags: #Akikah #Ammar #Disambut #Majlis #Sederhana #Yahya

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Majlis Akikah Ammar Yahya Yg Disambut Sederhana"