Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yg Anda Patut Tahu.

SOSMED | Pd 22 Mac lps, terdapat satu rakaman video yg tular di laman sosial.

Rakaman video itu merujuk kepada seorang lelaki melayu yg meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana dihalang dr menunaikan solat jumaat serentak dgn itu beliau bertindak berhenti kerja serta-merta. 

Solat 1 - Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yg Anda Patut Tahu.

Tahukah anda sebenarnya kita ada undang-undang yg membela nasib pekerja yg dihalang menunaikan solat oleh majikan? 

Ya benar, memang ada. Seorang peguam hartanah yg popular di sosial media, Salkukhairi Abd Sukor berkongsikan beberapa cara bagaimana seseorang pekerja blh membela haknya jika dilarang bersolat oleh majikan.

VIDEO VIRAL PEKERJA LELAKI DIHALANG OLEH MAJIKAN DIRIKAN SOLAT. APA HAK DAN TINDAKAN YANG BOLEH BELIAU LAKUKAN?

Saya menerima satu video melalui whatsapp, di mana seorang pekerja lelaki mendakwa beliau telah dilarang oleh majikannya yg berbangsa Cina drpada mendirikan solat semasa waktu bekerja.

Beliau menularkan rakamam video tersebut yg menyebut secara jelas nama dan alamat syarikat tersebut kononnya utk mengingatkan orang ramai khusunya orang Islam agar tidak bekerja di syarikat tersebut.

Sebenarnya kes sebegini bukanlah suatu yg baru. Ianya selalu juga berlaku sebelum-sebelum drpada ini.

Dalam keadaan sedemikian, sepatutnya apa yg perlu dilakukan oleh beliau bukanlah menularkan video tersebut di media sosial, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang- undang seperti berikut:

1. Beliau sebenarnya blh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atas tindakan yg dilakukan oleh majikan tersebut.

2. Sebaik sahaja menerima aduan tersebut, JTK akan menyiasat aduan yg diterima berdasarkan isu-isu yg dibangkitkan.

3. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan tersebut berasas, majikan tersebut akan dipanggil dan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yg berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yg dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.

4. Menurut Garis Panduan Menunaikan Solat Dlm Waktu Kerja yg dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, majikan hendaklah memberikan pelepasan waktu utk pekerja menunaikan solat lima waktu sekurang-kurangya 20 minit bg setiap solat dan satu jam setengah utk menunaikan solat Jumaat bg pekerja lelaki.

5. Selain itu, majikan juga disarankan menyediakan tempat menunaikan solat yg sesuai, bersih dan berasingan antara pekerja lelaki dan wanita, kelengkapan asas solat seperti sejadah, tikar serta alas lantai, tempat mengambil air wuduk yg berhampiran dgn ruang solat dan petunjuk arah kiblat yg betul di tempat kerja tersebut.

6. Ertinya hak beliau sbg pekerja adalah dilindungi oleh undang undang sekiranya majikan enggan membenarkan beliau mendirikan solat.

7. Namun begitu sekiranya beliau diberhentikan kerja oleh majikan tersebut akibat mendirikan solat, maka beliau juga blh membuat aduan di JTK atau di Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) (bergantung kepada tangga gaji) dlm masa 60 hari drpada tarikh beliau diberhentikan kerja.

8. JTK atau JPP akan memanggil majikan utk sesi runding cara dan akan menyarankan majikan mengambil semula beliau bekerja atau sekiranya majikan tidak mahu lagi mengambil beliau bekerja di situ beliau perlu dibayar pampasan yg sewajarnya oleh majikan tersebut sbg gantirugi kepada pengambilan semula bekerja.

9. Pendek kata sekiranya beliau tahu, sebenarnya hak beliau sbg pekerja senantiasa dilindungi oleh undang-undang.

10. Tindakan menularkan video tersebut bukan sahaja memberi risiko kepada beliau sendiri di mana beliau mungkin blh diambil tindakan sivil oleh majikannya jika didapati maklumat tersebut tidak benar atau berunsur fitnah.

11. Bukan itu sahaja terdapat juga komen-komen yg bersifat perkauman dan caci maki dilemparkan oleh nitizen akibat tular nya video tersebut dan digunakan oleh pihak pihak yg berkepentingan utk menyalahkan pihak kerajaan dan sbgnya.

12. Oleh itu, fahamilah hak anda sbg pekerja jika dilakukan sedemikian oleh majikan anda. Jangan bimbang, undang-undang pekerja di Malaysia ini sangat telus dan melindungi hak dan kepentingan pekerja. Yg penting anda tahu akan hak anda!

Sila SHARE supaya lebih ramai pekerja yg tahu akan hak mereka.

Terima kasih.


Loading...

Tags: #anda #Bersolat #Halang #Majikan #Patut #Pekerja #Tahu

author
Author: 
    Setelah 2 Minggu Nikah, Ustad Terkenal Ini Baru Tahu Istrinya Ternyata Pria! Begini Caranya Menipu Sang Suami!
    slidegossip.com – Nasib apes dialami oleh seorang Ustad. Tak ada hujan tak ada
    Tak Kunjung Ada Panggilan Syuting Gara-Gara Corona, Artis Cantik Ini Mati Gantung Diri di Kipas Angin!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik ini sungguh tak patut dicontoh. Gara-gara
    Bagai Disambar Petir! Mantan Pacarku Ternyata Menikah Dgn Adik Kandungku Sendiri!
    slidegossip.com – Sungguh pedih rasa sakit yg dialami wanita ini. Rasanya bagai disambar
    Tak Sudi Jatuh ke Pelukan Wanita Lain, Ibu Ini Nekat Menikahi Putra Kandungnya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang wanita yg sudah hidup menjanda selama 12 thn merasa memiliki

    Comments are closed.