Main HP, Tak Bg Signal Punca Chef Tampar Pemandu Wanita – Isteri Nafikan Suami Ada Rekod Jenayah..

Loading...

“Aku terima dgn redha, mungkin itu ujian dr Allah S.W.T. Yg salah tetap salah,” demikian luah Freeda Faridah atau nama sebenar Faridah Mohd Yatim, 38, isteri kepada suspek yg menampar dan menumbuk muka pemandu Honda Civic yg didakwa memandu secara berbahaya dan tidak memberi signal ketika membelok.

Menurut Faridah, kejadian itu mungkin satu pengajaran buat suaminya agar kurangkan sifat panas baran itu. 

IsteriBSyuk - Main HP, Tak Bg Signal Punca Chef Tampar Pemandu Wanita - Isteri Nafikan Suami Ada Rekod Jenayah..

Walaupun dlm dia sedar suaminya bersalah, Freeda tetap sentiasa berada di belakang suaminya.



“Jalan terbaik tawakallah kalau itulah jalan hidup kita, bonda redha. Walaubagaimanapun, bonda sentiasa di belakang dady, dunia dan akhir.

“Biarlah apa orang nak kata, Allah itu ada. Maaf kalau ada yg marah.

“Bonda sangat-sangat bersyukur dady sihat tubuh badan dr kaku di tepi jalan. Lagi bonda tak sanggup nak menghadapinya dgn anak. Semoga dgn terjadinya begini buat pengajaran utk dady kurangkan sifat panas baran itu,” katanya.

Tambah Faridah lagi, suaminya seorang penyayang dan sangat menyayang dia dan anaknya.

Mengulas mengenai kejadian Rabu lalu, Faridah yg mengetahui cerita sebenar tampil memberi penjelasan.

“Sebenarnya video yg tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dr satu selekoh sebelum dia berhenti.

“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat menyebabkan suami hampir terbabas,” katanya.

Faridah berkata, suaminya turut mengaku telah menghentak topi keledarnya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah.

“Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dia berhenti, dia menjawab dgn biadab.

“Suami saya memang panggil wanita itu bodoh kerana memandu secara berbahaya dan blh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas, “Kaulah bodoh, kaulah gila’, mungkin itu sebabnya suami saya ‘naik angin’.

“Malah wanita itu sendiri cakap, “Aku angkat la telefon sebab ada orang call” selepas suami saya marah dia guna telefon.

“Saya akui dia memang baran tetapi dia seorang suami dan bapa yg penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yg dia buat itu salah dan dia sendiri mengaku salah,” katanya. 

Helmet - Main HP, Tak Bg Signal Punca Chef Tampar Pemandu Wanita - Isteri Nafikan Suami Ada Rekod Jenayah..


Dalam pd itu, Faridah menafikan suaminya memiliki lima rekod jenayah lampau dan rekod itu sebenarnya milik pemilik lama motosikal yg ditunggang suaminya.

“Saya jelaskan di sini bahawa polis sendiri sudah mengesahkan ia adalah rekod pemilik lama motosikal suami. Suami saya tidak ada sebarang rekod jenayah.

“Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dgn karenah pemandu yg suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu,” jelasnya lagi. – 4 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Chef #Isteri #Jenayah #Main #Nafikan #pemandu #Punca #REKOD #SIGNAL #suami #Tampar #Wanita

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Comments are closed.