Mahu yg masih tidak mampu..

Loading...

Presentation1ss 1 - Mahu yg masih tidak mampu..
‘Demam’

Seorang sahabat bertanya mengenai azam thn baru pd permulaan thn 2019 baru-baru ini. 

“Azam thn ini mahu melunaskan azam thn lalu.” Tukas saya sambil tersenyum.

Lalu kami sama-sama ketawa. Lagaknya ada sesuatu yg lucu pd jawapan yg saya suakan. 
Di antara azam saya pd thn lalu dan thn-tahun sebelumnya ialah mencoret setiap hari di pondok kecil abuikhwan ini. Paling tidak pun satu hari mesti ada satu coretan yg ditumpahkan di dada pondok abuikhwan ini. Ya, itulah di antara impian (azam) saya disamping azam-azam yg lain. 
Namun, melihat kondisi yg berlaku, nampaknya azam tersebut hanya tinggal azam. Hakikatnya saya masih tidak mampu mengotakan apa yg saya mahu. Benar, mahu yg masih tidak mampu. 
Kesibukan yg mencapai tahap tepu yg benar-benar tidak saya jangkakan di awal thn 2019 ini. Urusan ini, urusan itu dan bermacam-macam perkara yg berlaku. 

Termasuk juga beberapa musibah yg menjengah tanpa diduga. Hampir-hampir juga saya terduduk kerana asakannya. Tetapi, tidak mengapalah. Moga semuanya menjadi kaffarah atas apa jua kesilapan yg dilakukan. 
Setiap musibah yg berlaku adalah ruang masa utk berfikir dan bermuhasabah. Ia adalah isyarat rasa cinta Allah kepada manusia. Namun itu semua tidak mungkin kita nikmati andainya kita tidak memikirkan dgn hikmah dan mata hati.

Boleh jadi sedikit musibah dan ujian  yg mencelah-mencelah di sebalik nikmat kehidupan yg panjang adalah pengikis karat-karat dosa yg menumpuk di dinding jiwa. Semoga ianya tidak dibalas di akhirat kelak kerana telah redha di dunia ini.

Moga begitu hendaknya..

Loading...

Tags: #Mahu #Mampu #Masih #tidak

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Leave a reply "Mahu yg masih tidak mampu.."