Macaron Kelapa / Coconut Macaron

Loading...

aIMG 2478 1 - Macaron Kelapa / Coconut Macaron


Macaron Kelapa / Coconut Macaron
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
1 1/2 cawan (150 gm) serbuk badam
1 1/4 cawan (150 gm) gula aising
2 sudu besar (10 gm) kelapa kering, kisar halus
55 gm putih telur
Pewarna putih

Bahan B
55 gm putih telur
1/4 sudu teh garam

Bahan C
3/4 cawan (150 gm) gula kaster
2 1/2 sudu besar (38ml) air

Kertas baking, lakarkan bulatan kecil
Menghasilkan 40-45 macaron

aIMG 2425 - Macaron Kelapa / Coconut Macaron


Penyediaan Kulit Macaron :

  1. Kisar dan ayak bahan A kecuali putih telur dan pewarna.
  2. Kemudian gaul dgn putih telur dan pewarna putih sehingga menjadi pes.  Ketepikan.
  3. Putar bahan B sehingga kental ketepikan.
  4. Masak bahan C sehingga gula larut, terus tuang ke dlm bahan B ketika masih panas.
  5. Putar tanpa henti sehingga bekas telur menjadi sejuk.
  6. Putih telur akan kental dan berkilat.
  7. Kaup balikkan adunan putih telur ke dlm pes sedikit-sedikit.
  8. Apabila sebati, masukkan ke dlm piping bag dgn nozzle bulat.
  9. Pipe ke atas dulang yg di alas kertas baking.
  10. Setelah selesai, hentakkan dulang beberapa kali utk membuang angin.
  11. Letak di bawah kipas selama 15 minit sehingga permukaan macaron kering.
  12. Sentuh dgn jari, jika permukaan tidak melekit baru blh di bakar.
  13. Bakar pd suhu 130C selama 15 minit.
  14. Biarkan macaron di dlm oven selama 10 minit sebelum di keluarkan.
  15. Simpan di dlm bekas tertutup sebelum di beri filing.

aIMG 2418 - Macaron Kelapa / Coconut Macaron

Filing Kelapa Coklat Putih :

Bahan A – Karamel Kelapa
1/2 cawan (35g) kelapa kering
2 sudu besar (30g) gula
1 sudu besar (15ml) air

Bahan B
250 gm coklat putih, cincang kecil
1/2 cawan (120 gm) dairy whipping cream
2 sudu teh esen kelapa
Pewarna putih

Penyediaan Filing :

  1. Masak gula dan air sehingga menjadi karamel, masukkan kelapa kering.
  2. Tutup api dan gaul sehingga bersalut rata.  Ketepikan.
  3. Panaskan whiping cream secara double boiler sehingga berbuih di tepi bekas.
  4. Angkat dan tuangkan ke atas coklat putih.
  5. Kacau sehingga coklat larut.
  6. Tambahkan karamel kelapa dan pewarna putih.
  7. Kacau sehingga sebati, tutup permukaan coklat dgn plastik wrap.
  8. Simpan di dlm peti sejuk.
  9. Sebelum di gunakan keluarkan dr peti sejuk dan biarkan pd suhu bilik.
  10. Apabila lembut, gaul rata dan masukkan ke dlm piping bag.
  11. Picit ke atas permukaan macaron.
aIMG 2510 - Macaron Kelapa / Coconut Macaron

Macaron Kelapa / Coconut Macaron
Loading...

Tags: #Coconut #Kelapa #Macaron

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Macaron Kelapa / Coconut Macaron"