Maaf Tak Indah / Novel Review

NOVEL REVIEW MAAF TAK INDAH compressor 1 - Maaf Tak Indah / Novel Review
Novel Emy Roberto berjudul Jangan Benci Cintaku tengah hangat di kaca TV dlm Slot Akasia. Sebenarnya, Muz dah lama ikuti karya penulis ni. Dan salah sebuah novel Emy Roberto yg diterbitkan Idea Kreatif semasa PBAKL 2018, baru dibuka malam semalam. Tak sampai beberapa jam habis baca!
Jarang kita dengar sebuah ikatan perkahwinan yg bersulam cinta dan bahagia hancur disebabkan oleh seorang yg bernama wanita. Jarang-jarang juga kita dengar bahawa seorang isteri kekal hanya mahu bergelar isteri tanpa mahu memegang status ibu.
Ya, Syazan memilih utk menggurkan kandungan berusia 7 bulan; sayangnya zuriat pertamanya bersama Raime itu tidak mati seperti yg dihasratkan. Dan sebermula itu, semua yg pernah indah dlm hidup Syazan direntap pergi sekelip mata. Tidak ada lagi belaian kasih seorang suami. Tidak ada lagi bicara sayang mereka yg bergelar ibu dan bapa.
Syazan benar-benar sendiri, apabila dia diceraikan suami, dan langsung tidak diberikan peluang utk menzahirkan tanggungjawab seorang ibu. Ibu? Layakkah dia bergelar seorang ibu, sedangkan dia juga adalah pembunuh anak itu?
Dan saat Syazan luluh dlm khilaf tingkah, hadir denyutan baharu dlm rahim, yg disembunyi tanpa diketahui, dan menjadi paksi kekuatan kebangkitan diri. Masih adakah yg indah buat Syazan? MAAF TAK INDAH punya jawapan!

Loading...

Tags: #Indah #Maaf #Novel #Review

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Maaf Tak Indah / Novel Review"