Lulusan UEC wajib dpt kepujian dlm Bahasa Melayu bg menduduki CLP

Screenshot 2019 03 31 15 17 03 1 - Lulusan UEC wajib dpt kepujian dlm Bahasa Melayu bg menduduki CLP

SERDANG 31 Mac – Lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yg ingin menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) perlu lulus dgn kepujian dlm lima subjek wajib termasuk Bahasa Melayu pd peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, bagaimanapun beliau tidak mengetahui empat lagi subjek yg lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).

“Terdapat lima mata pelajaran wajib termasuk Bahasa Melayu, tetapi bg subjek lain, saya tidak blh memberi komen bg pihak lembaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (JMIPT) di sini, hari ini.

Teo turut melahirkan rasa gembira UEC pd tahap Senior Middle 3 diiktiraf sbg kelayakan pd peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan A-Levels utk menduduki peperiksaan CLP dan berharap semua pihak tidak mempolitikkan keputusan LPQB tersebut.

“Ini kerana, apabila saya menduduki CLP pd 2004, UEC memang telah diterima. Jangan buat pelbagai tuduhan yg tidak patut terhadap isu ini,” katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi LPQB Tommy Thomas yg juga Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pd tahap Senior Middle 3 blh diterima sbg memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bg tujuan menduduki peperiksaan CLP.

Menurut Tommy mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki CLP bg pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pd peringkat Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yg diperoleh dlm satu peperiksaan yg sama.

Sementara itu, mengenai karnival JMIPT, Teo berkata lebih 320,000 pengunjung hadir pd karnival itu yg diadakan di enam lokasi di seluruh negara iaitu di Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak sebelum ini serta yg terakhir di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini bg Zon Tengah.

Katanya, program anjuran Kementerian Pendidikan itu diadakan bg mempromosi dan menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi yg ditawarkan universiti awam (UA), institusi latihan kemahiran awam (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta institusi lain kepada orang awam dan pelajar bg urusan kemasukan sesi akademik 2019-2020.

Selain itu, Teo mengingatkan semua pelajar yg ingin mengikuti sesi akademik 2019-2020 utk medaftar di laman sesawang Unit Pengambilan Pelajar (UPU) yg akan ditutup pd 2 April ini. – BERNAMA


Loading...

Tags: #BAHASA #kepujian #LULUSAN #Melayu #MENDUDUKI #Wajib

author
Author: 
    Suami Akhirnya Bisa Hamil, Model Cantik Ini Bahagia Menanti Kelahiran Anak Pertama!
    slidegossip.com – Kisah pasangan ini mungkin bisa dibilang unik dan jarang terjadi di
    Kisah Pelacur Cantik yg Menikah Dgn Kyai! Saking Cintanya, Sang Kyai Rela Antar Jemput Istrinya Jual Diri!
    slidegossip.com – Meski byk yg sudah bertaubat, namun profesi pelacur nyatanya tak bisa
    Ternyata Istri yg Kunikahi Sudah Hamil Duluan Karena Berzina Dgn Mantan Pacarnya! Apakah Aku Ikut Berdosa?
    slidegossip.com – Peristiwa yg jarang terjadi ini dialami oleh seorang pria baik hati.
    Walikota Cantik Ini Ternyata Mantan PSK! Jadi PSK Sejak Umur 11 Thn, Kini Dpt Gaji Rp 30 Juta Per-Bulan!
    slidegossip.com – Siapapun berhak utk berubah dan siapapun berhak utk merubah keadaan orang-orang

    Comments are closed.